Skip to main content

Dunia

Hampir semua migran pulang ke Maghribi dari Ceuta - Sepanyol

Migrants gather after crossing back from the Spanish enclave of Ceuta, to the Moroccan side of the border in Fnideq, Morocco, July 31, 2026. Picture taken with a phone. REUTERS/Stringer
Migran berkumpul selepas menyeberang semula dari Ceuta ke sempadan bahagian Maghribi di Fnideq, Maghribi, 31 Julai 2026. REUTERS
Advertisement

GENEVA/LONDON: Hampir semua migran yang memasuki Ceuta telah pulang ke Maghribi, kata Menteri Luar Sepanyol Jose Manuel Albares pada Jumaat sambil menggesa agar penyebaran maklumat palsu secara sengaja dihentikan.

“Tidak mungkin seseorang bergerak dari Ceuta dan Melilla ke tanah besar Sepanyol tanpa melalui proses pengenalan diri di pusat pemeriksaan polis. 

“Keutuhan Kawasan Schengen terjamin sepenuhnya. Cukuplah dengan penyebaran maklumat palsu yang disengajakan,” kata beliau menerusi platform X, menurut Anadolu Ajansi.

Agensi berita Sepanyol EFE sebelum ini melaporkan ratusan pendatang tanpa izin menuju ke sempadan pada petang Jumaat untuk pulang ke Maghribi, susulan perjanjian penghantaran pulang antara kedua-dua negara. 

Pengawal Awam Sepanyol dan Kumpulan Regulares No. 54 tentera negara itu dikerahkan di sepanjang kawasan Pantai Tarajal bagi menghalang kemasukan lanjut melalui laut.

Menurut pihak berkuasa Sepanyol, sekurang-kurangnya 57 orang terkorban dalam krisis migrasi berkenaan.

Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez pada Jumaat menyifatkan kemasukan beramai-ramai pendatang tanpa izin ke Ceuta sejak Khamis sebagai “satu serangan” dan “pencabulan keutuhan wilayah Sepanyol”, sambil berikrar akan memulihkan keadaan seperti sediakala secepat mungkin.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement