awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hampir separuh rakyat Denmark dalam tinjauan anggap Amerika Syarikat sebagai ancaman

Bernama
Bernama
31/01/2025
10:16 MYT
Hampir separuh rakyat Denmark dalam tinjauan anggap Amerika Syarikat sebagai ancaman
Penentangan umum terhadap usaha Donald Trump menguasai Greenland kekal tinggi, dengan 78% rakyat Denmark menolak idea menjual pulau itu.
MOSCOW: Hampir separuh rakyat Denmark menganggap Amerika Syarikat (AS) sebagai ancaman kepada negara mereka, lapor Sputnik/RIA Novosti berdasarkan tinjauan YouGov yang diterbitkan oleh The Guardian pada Jumaat.
Tinjauan itu mendapati 46 peratus daripada kira-kira 1,000 rakyat Denmark yang disoal melihat AS sebagai "ancaman yang sangat besar" atau "ancaman yang agak besar" kepada negara mereka - lebih tinggi berbanding mereka yang menganggap Korea Utara (44 peratus) atau Iran (40 peratus) sebagai ancaman.
Penentangan umum terhadap usaha Presiden AS Donald Trump untuk menguasai Greenland kekal tinggi, dengan 78 peratus rakyat Denmark menolak idea menjual pulau itu. Selain itu, 72 peratus percaya keputusan mengenai masa depan Greenland sepatutnya ditentukan oleh penduduk pulau itu sendiri dan bukan oleh Denmark.
Trump sebelum ini menyatakan bahawa memiliki Greenland adalah "keperluan mutlak" bagi AS tetapi Perdana Menteri Greenland Mute Egede menegaskan bahawa pulau itu tidak untuk dijual.
Pada awal Januari, Penasihat Keselamatan Negara yang dilantik Trump Mike Waltz berkata Presiden AS itu bersedia mempertimbangkan semua pilihan untuk memperoleh Greenland, termasuk penggunaan kekuatan tentera.
Greenland merupakan tanah jajahan Denmark sehingga 1953. Ia kekal sebagai sebahagian daripada Kerajaan Denmark tetapi memperoleh autonomi pada 2009 dengan keupayaan untuk mentadbir sendiri dan membuat keputusan dasar domestik secara bebas.
--BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
Topic Berkaitan
#tinjauan
#rakyat denmark
#Donald Trump
#Amerika Syarikat
#ancaman
#Greenland
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan