awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya tiga peserta misi kemanusian dibenar teruskan perjalanan ke Rafah

Bernama
Bernama
17/08/2014
14:33 MYT
Hanya tiga peserta misi kemanusian dibenar teruskan perjalanan ke Rafah
78 sukarelawan lain termasuk anggota Mercy Malaysia dan MAPIM tidak dibenarkan berbuat demikian atas faktor keselamatan.
Pihak tentera Mesir hanya membenarkan tiga sukarelawan Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) ke Gaza meneruskan perjalanan ke sempadan Rafah.
Perkembangan itu berlaku apabila konvoi misi berkenaan disekat berhampiran Terusan Suez di sini, kira-kira 160 kilometer dari Kaherah.
Tiga individu itu ialah Presiden KP1M Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Duta Besar Malaysia ke Mesir dan Palestin Datuk Ku Jaafar Ku Shaari dan Duta Palestin ke Malaysia Dr Anwar Al-Agha.
Ketiga-tiga mereka dibawa untuk menyeberangi Terusan Suez sebelum meneruskan perjalanan dengan menaiki kereta perisai milik tentera Mesir pada 2.30 petang waktu tempatan (7.30 malam waktu Malaysia).
78 sukarelawan lain termasuk anggota Mercy Malaysia dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) tidak dibenarkan berbuat demikian atas faktor keselamatan.
Arahan itu diberikan komander pos kawalan tentera di sini selepas kira-kira lima jam konvoi berkenaan terkandas dan perbincangan diadakan.
Misi itu merancang untuk mengagihkan 5,000 kotak bekalan makanan kepada 25,000 warga Palestin serta menyampaikan bantuan perubatan kepada mangsa serangan Israel di Gaza.
Hampir 2,000 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak 8 Julai lalu.
Topic Berkaitan
#Abdul Azeez Abdul Rahim
#KP1M
#Ku Jaafar Ku Shaari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan