Harapan rakyat melihat dua bahagian negara terpisah Serbia dan Kosovo untuk bersatu semula mungkin menjadi kenyataan.

Wakil dari kedua-dua negara itu bakal bertemu di Brussels, Belgium bagi mencapai satu kata putus mengenai masa depan kedua-dua negara itu.

Permohonan Serbia untuk diterima masuk ke Kesatuan Eropah (EU) diletakkan syarat bahawa ia perlu memperbaiki hubungan dengan negara jirannya yang pernah menjadi sebahagian negara yang sama.

Seorang pemimpin Serbia turut menyuarakan bahawa kemelut ini perlu diselesaikan dan tidak boleh dibiarkan berlarutan.

Namun masih ada yang sangsi terhadap perjanjian yang bakal dibincangkan oleh Serbia dan Kosovo.

Kedua-dua negara itu berpisah pada tahun 2008 selepas peperangan 1999 yang mana Kosovo mengisytiharkan kemerdekaan dari Serbia, tindakan yang tidak dipersetujui Belgrade.

Dalam perang tersebut, seramai 10,000 maut di Kosovo akibat pengeboman oleh pihak pengaman Nato.

Kempen pengeboman tersebut turut memaksa tentera Serbia berundur.