Skip to main content

Dunia

Harga LNG di Asia dijangka turun jika rundingan damai capai kemajuan positif

Rystad Energy is a leading global independent research and energy intelligence company dedicated to helping clients navigate the future of energy. By providing high-quality data and thought leadership, our international team empowers businesses, governments and organizations to make well-informed decisions._oilandgasiq.com
Rystad Energy menjangkakan harga LNG di Asia terus menurun untuk beberapa bulan akan datang jika rundingan damai AS-Iran mencapai kemajuan positif.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Harga gas asli cecair (LNG) di Asia dijangka terus menurun untuk berapa bulan akan datang tahun ini jika rundingan damai antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran mencapai kemajuan positif, menurut Rystad Energy.

Naib Presiden Penyelidikan Gas dan LNG Rystad Energy, Masanori Odaka berkata penurunan harga LNG di Asia baru-baru ini, dengan harga harian bulan depan untuk September susut 5.0 peratus minggu ke minggu kepada US$20.5 setiap juta unit terma British (mmbtu), manakala harga derivatif lebih cair untuk Oktober merosot 2.8 peratus minggu ke minggu kepada US$20.3 setiap MMBtu.

“Pasaran akan ditentukan oleh hasil rundingan damai berkenaan, meredakan ketegangan antara AS, Israel, dan Iran, menurunkan harga gas, walaupun bekalan LNG di Teluk adalah terhad, mengehadkan sejauh mana ia turun.

“Pertemuan antara Trump dan Netanyahu telah menghentikan serangan AS-Iran buat sementara waktu dan libat urus diplomatik terbaharu telah meningkatkan harapan bahawa rundingan gencatan senjata boleh disambung semula, semuanya menambah sentimen dalam pasaran pada masa ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata Oman juga sedang mendorong pelan disokong negara-negara Teluk untuk memulihkan operasi perkapalan biasa melalui Selat Hormuz, walaupun pengurusan laluan itu masih dipertikaikan.

“Premium risiko geopolitik yang lebih rendah telah menyebabkan harga gas Eropah dan Asia turun, tetapi bekalan LNG di Asia Barat yang terhad mengehadkan penurunan tersebut.

“Sebilangan pedagang percaya pasaran pada asasnya adalah terhad di Asia selagi volum dari Timur Tengah kekal rendah, katanya.

Ketika berita ini ditulis, minyak mentah Brent turun 0.93 peratus kepada US$88.20 setong.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement