Skip to main content

Dunia

Harga minyak melonjak ketika aliran Hormuz masih terhad

minyak, oil_AP
Niaga hadapan minyak mentah Brent melonjak AS$2.22 atau 2.11 peratus kepada AS$107.55 setong. - Gambar hiasan/AP

HARGA minyak global meningkat pada Isnin susulan kebuntuan rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran serta aliran penghantaran yang masih terhad melalui Selat Hormuz, sekali gus mengetatkan bekalan dunia.

Niaga hadapan minyak mentah Brent melonjak AS$2.22 atau 2.11 peratus kepada AS$107.55 setong setakat 22:02 GMT.

Advertisement

Sementara itu, minyak mentah penanda aras AS, West Texas Intermediate (WTI), meningkat AS$2.02 atau 2.14 peratus kepada AS$96.42 setong.

Kenaikan harga didorong oleh ketidaktentuan berterusan dalam usaha diplomatik Tehran-Washington yang masih belum menunjukkan kemajuan, selain sekatan logistik di Selat Hormuz, laluan kritikal bagi perdagangan tenaga global.

Penganalisis pasaran berkata gabungan faktor geopolitik dan gangguan penghantaran melalui selat strategik itu terus menekan penawaran, mendorong peniaga mengambil kira risiko bekalan yang lebih tinggi dalam harga minyak.
 

Must Watch Video