ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 1 Oktober 2026.
1. Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali: Wanita hebat yang saya panggil ‘Mummy’ - Tunku Azizah
Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menerusi satu nukilan penuh emosi yang disiarkan di portal Sinar Daily serta dikongsi di laman Facebook Kesultanan Pahang.
2. Tun Mahathir ziarahi pusara Tun Siti Hasmah, momen pilu undang sebak rakyat
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menziarahi pusara isteri tercinta, Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali di Pusara Negara, Taman Selatan, Presint 20, Putrajaya, dalam suasana penuh pilu yang menyentuh hati rakyat Malaysia.
3. Bekas CEO UiTM Holdings mengaku tidak bersalah, didakwa pecah amanah RM37.37 juta
Seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif UiTM Holdings Sdn Bhd mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Shah Alam atas pertuduhan melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta.
4. KKM beri tempoh hingga 7 Okt kepada 4,255 pegawai perubatan untuk lapor diri
Kementerian Kesihatan (KKM) berkata proses lapor diri bagi Pegawai Perubatan Gred UD10 yang dilantik secara tetap itu masih berlangsung.
5. Isu perbelanjaan KKDW: SPRM sedia siasat jika aduan rasmi diterima
SPRM hanya mengetahui perkara itu menerusi laporan media dan belum menerima aduan rasmi berkaitan dakwaan berkenaan setakat ini.
6. Bantuan SARA bulanan mula dikredit ke MyKad penerima hari ini- MoF
SARA boleh digunakan di lebih 14,700 pasar raya dan kedai runcit terpilih seluruh negara.
7. Kerajaan terus perkukuh tatakelola, banteras ketirisan wang awam - PM Anwar
Kerajaan akan terus memperkukuh tatakelola dan integriti perkhidmatan awam bagi membanteras ketirisan wang awam serta salah guna kuasa, khususnya membabitkan Badan Berkanun Persekutuan.
8. Video tular KLIA: Mohd Shuhaily sedia terima keputusan kerajaan
Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, menyerahkan kepada kerajaan berhubung tindakan yang mungkin dikenakan susulan video tular melibatkan dirinya.
9. GP Bahrain di Malaysia: Sepang kembali bergegar sempena F1
Selepas hampir sedekad, Formula 1 (F1) kembali ke Malaysia hujung minggu ini, namun dengan penganjuran yang berbeza daripada kebiasaannya.
10. Mukhriz rayu beri ruang dan masa kepada Tun Dr Mahathir
Datuk Seri Mukhriz Mahathir merayu orang ramai agar memberi ruang dan masa kepada bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melalui tempoh dukacita selepas kehilangan isteri tercinta, Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.