NEW YORK: Harga minyak meningkat pada Rabu selepas para pengeluar utama mengumumkan pengurangan pengeluaran dalam jumlah yang besar, lapor Xinhua.
West Texas Intermediate bagi penghantaran November meningkat AS$1.24 atau 1.4 peratus untuk ditutup pada US$87.76 setong di New York Mercantile Exchange.
Minyak mentah Brent untuk penghantaran Disember menokok AS$1.57 atau 1.7 peratus untuk ditutup pada US$93.37 setong di Bursa Hadapan ICE London.
Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya yang dikenali sebagai OPEC+ pada Rabu memutuskan untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak dua juta tong sehari mulai November.
Menurut kumpulan itu dalam satu kenyataan, keputusan berkenaan dibuat susulan ketidaktentuan yang menyelubungi prospek ekonomi dan pasaran minyak global,
"Pengurangan pengeluaran adalah reaksi OPEC+ terhadap penurunan harga yang ketara sejak beberapa bulan kebelakangan ini yang akan membantu mengimbangi semula pasaran minyak," menurut Carsten Fritsch, penganalisis tenaga di Commerzbank Research pada Rabu.
Kebimbangan terhadap permintaan di tengah-tengah risiko kemelesetan yang semakin meningkat dan peningkatan mendadak nilai dolar Amerika Syarikat (AS) menyebabkan harga minyak jatuh pada akhir September ke paras terendah sejak Januari.
Peniaga juga meneliti data mengenai stok bahan api AS.
Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) AS memaklumkan inventori minyak mentah komersial negara itu berkurangan sebanyak 1.4 juta tong pada minggu berakhir 30 Sept.
Penganalisis yang ditinjau oleh SP Global Commodity Insights menjangkakan bekalan minyak mentah AS menunjukkan kejatuhan sebanyak 1.5 juta tong.
Menurut EIA, jumlah inventori petrol motor merosot sebanyak 4.7 juta tong minggu lepas manakala inventori bahan api sulingan menurun sebanyak 3.4 juta tong.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 06 2022
Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya pada Rabu memutuskan untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak dua juta tong sehari mulai November. - Gambar hiasan
Piala AMEC: Ekor Harimau diancam penyokong lawan di Stadium Rajamangala akibat provokasi
Situasi tegang itu berpunca daripada kedua-dua pihak yang saling berbalas provokasi tetapi keadaan itu terkawal.
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
AWANI Ringkas: Jelajah Dunia BWF 2024 di China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penjaja kecil rayu kekalkan tapak perniagaan di Dataran MBI
Pertimbangan daripada pihak MBI amat diharapkan bagi memberi peluang kepada mereka untuk berbincang dengan Datuk Bandar Ipoh.
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
AWANI Pagi: Khalwat & hak individu - Di mana batas penguatkuasaan?
Ikuti perbincangan mendalam #AWANIpagi bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang akan mengupas isu prosedur tangkapan khalwat, hak individu, dan sejauh mana penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan adil tanpa melanggar batas etika dan sensitiviti, Ahad ini jam 7.30 pagi.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Pasaran getah tempatan ditutup rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, didorong oleh penurunan harga minyak mentah, kata peniaga.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur susulan penurunan pasaran serantau
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini di tengah-tengah aliran menurun pasaran niaga hadapan serantau dan kenaikan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini, kesan daripada ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Kebimbangan mengenai ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang meningkat, menjejaskan sentimen pasaran getah Kuala Lumpur.
Pasaran getah ditutup tinggi dirangsang kenaikan berterusan niaga hadapan getah serantau
Pasaran getah Kuala Lumpur meneruskan aliran meningkat untuk ditutup tinggi pada Selasa.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Jumaat berikutan kebimbangan mengenai gangguan bekalan yang disebabkan oleh hujan dan banjir di negara pengeluar utama, kata peniaga.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Khamis, apabila sentimen pasaran didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau.
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 28 Nov hingga 4 Dis ini.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.