awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harimau bintang peliharaan terlepas, empat cedera

Astro Awani
Astro Awani
17/02/2023
21:00 MYT
Harimau bintang peliharaan terlepas, empat cedera
Harimau bintang itu mencederakan empat orang sebelum berjaya ditangkap dan dibawa ke sebuah pusat rawatan haiwan. - Gambar hiasan
ISLAMABAD: Seekor harimau bintang peliharaan terlepas dan berkeliaran di jalanan selama beberapa jam sebelum ditembak dengan ubat pelali, kata pegawai penguatkuasa pada Jumaat.
Dalam video yang tular di media sosial pada Khamis, haiwan itu menyelinap di antara dua buah kenderaan sebelum merempuh seorang lelaki dan melompat melepasi pagar sebuah taman.
Ia kemudiannya mencederakan empat orang sebelum berjaya ditangkap dan dibawa ke sebuah pusat rawatan haiwan.
“Menurut siasatan awal kami, ia adalah haiwan peliharaan dan tidak liar, tetapi ia berada dalam ketakutan dan sentiasa mengaum,” kata Tariq Bangash, pengarah Lembaga Pengurusan Hidupan Liar Islamabad, kepada AFP.
Pakistan tahun lalu mengharamkan import mamalia eksotik selepas sejumlah besar dibawa masuk atau dibiakkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, menyebabkan masalah kepada agensi hidupan liar.
Haiwan sedemikian dilihat sebagai simbol kekayaan dan kuasa di negara itu.
Polis kini sedang cuba mengesan pemilik harimau bintang itu.
"Kami mempunyai maklumat tentang beberapa individu di Islamabad dan kawasan kediaman mewah Rawalpindi yang mungkin menjadikan haiwan liar sebagai haiwan peliharaan," kata Bangash.
Topic Berkaitan
#Pakistan
#cedera
#harimau bintang
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan