awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan peruntuk RM9.8 juta pada 2025 tangani penyakit, perosak utama sawit - KPK
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harris tidak dapat akses dana kempen Biden kerana risiko undang-undang

Bernama
Bernama
22/07/2024
10:16 MYT
Harris tidak dapat akses dana kempen Biden kerana risiko undang-undang
Biden (kanan) dan Harris (kiri) perlu dicalonkan secara rasmi oleh konvensyen Parti Demokrat sebagai calon parti untuk presiden dan naib presiden masing-masing. -Gambar fail/X @JoeBiden
WASHINGTON: Percubaan untuk memindahkan dana yang dikumpulkan oleh kempen Presiden AS Joe Biden kepada calon presiden Demokrat Naib Presiden Kamala Harris, boleh mencetuskan saman, menurut laporan akhbar The Washington Post yang memetik peguam pada Isnin, lapor Sputnik.
Pada Ahad, Biden mengumumkan bahawa beliau akan menarik diri daripada perlumbaan presiden dan menyokong Harris sebagai calon Parti Demokrat untuk jawatan presiden AS.
"Biden tidak boleh memindahkan wangnya kepada Harris kerana ia dikumpulkan di bawah namanya sendiri, dan tiada mekanisme undang-undang untuk ia dikumpulkan bersama dengan Harris sebelum mereka menjadi calon parti mereka," kata seorang peguam kewangan kempen Parti Republikan terkemuka, Charlie Spies, seperti yang dipetik oleh akhbar itu.
Pertama, Biden dan Harris perlu dicalonkan secara rasmi oleh konvensyen Parti Demokrat sebagai calon parti untuk presiden dan naib presiden masing-masing.
Kemudian, calon naib presiden dibenarkan menerima wang itu jika calon presiden menarik diri, jelasnya.
Jika tidak, isu itu boleh dibawa ke Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan (FEC), yang dianggotai sama rata oleh wakil Republikan dan Demokrat, yang bermaksud ia mungkin akan mencapai jalan buntu dan perkara itu perlu diselesaikan melalui kehakiman, tulis akhbar berkenaan memetik beberapa peguam kewangan kempen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kamala Harris
#Joe Biden
#presiden as
#tarik diri saingan jawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan