awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harta pengasas Jet Airways disita

Bernama
Bernama
02/11/2023
05:15 MYT
Harta pengasas Jet Airways disita
Jet Airways menghentikan operasi pada 2019 kerana mengalami masalah kewangan hingga menyebabkan beribu-ribu pekerja termasuk juruterbang, jurutera, pramugari dan kakitangannya hilang pekerjaan. - GAmbar fail/ Reuters
NEW DELHI: Agensi penguatkuasa (ED) India pada Rabu mengumumkan bahawa ia telah menyita harta milik pengasas Jet Airways Naresh Goyal, ahli keluarga dan syarikatnya berjumlah AS$69.68 juta membabitkan dakwaan kes penipuan pinjaman bank, lapor Xinhua.
Agensi persekutuan yang bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang ekonomi dan memerangi jenayah ekonomi di India itu turut menyita hartanah termasuk 17 flat kediaman, banglo dan premis komersial atas nama Goyal, ahli keluarganya dan syarikatnya yang terletak di London, Dubai dan di beberapa negeri di India.
Pada Selasa, ED memfailkan pertuduhan terhadap Goyal dan lima lagi individu berkaitan kes penipuan yang difailkan oleh Canara Bank. Goyal telah ditahan pada September.
Jet Airways menghentikan operasi pada 2019 kerana mengalami masalah kewangan hingga menyebabkan beribu-ribu pekerja termasuk juruterbang, jurutera, pramugari dan kakitangannya hilang pekerjaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jet airways
#India
#henti operasi
#sita harta pengasas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan