awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hasina didakwa atas jenayah terhadap kemanusiaan di tribunal Bangladesh

Bernama
Bernama
01/06/2025
13:30 MYT
Hasina didakwa atas jenayah terhadap kemanusiaan di tribunal Bangladesh
Hasina, yang melarikan diri ke India pada Ogos 2024 selepas kerajaannya tumbang susulan protes selama beberapa minggu, sedang dibicarakan oleh Tribunal Jenayah Antarabangsa (ICT) Bangladesh. - Gambar fail/AP
NEW DELHI: Bekas Perdana Menteri Bangladesh yang digulingkan Sheikh Hasina didakwa atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan di sebuah tribunal di Bangladesh berhubung pembunuhan penunjuk perasaan semasa pemberontakan besar-besaran terhadap pemerintahannya tahun lepas.
Hasina, yang melarikan diri ke India pada Ogos 2024 selepas kerajaannya tumbang susulan protes selama beberapa minggu, sedang dibicarakan oleh Tribunal Jenayah Antarabangsa (ICT) Bangladesh.
Tribunal itu memfailkan pertuduhan rasmi terhadap Hasina dan beberapa sekutunya pada Ahad.
"Pasukan penyiasat telah mengemukakan lima pertuduhan terhadap dalang jenayah ini dan komander tertinggi Sheikh Hasina, bekas Menteri Dalam Negeri Asaduzzaman Khan Kamal, serta bekas Ketua Polis Negara Chowdhury Abdullah Al Mamun," kata Ketua Pendakwa Raya ICT, Muhammad Tajul Islam dipetik sebagai berkata olehn agensi berita Bangladesh Sangbad Sangstha (BSS).
Kira-kira 1,500 orang terbunuh dalam protes yang diketuai pelajar, yang menamatkan pemerintahan parti Liga Awami selama 15 tahun.
"Agensi penyiasat telah merampas rakaman perbualan telefon Sheikh Hasina, di mana beliau berulang kali mengesahkan bahawa beliau mengarahkan semua agensi kerajaan supaya menghapuskan orang awam yang tidak bersalah yang berdemonstrasi secara aman bagi menuntut keadilan, menggunakan helikopter, dron dan kenderaan perisai (APC)," kata Tajul Islam.
Anggota bersenjata Liga Awami dan badan bersekutunya seperti Jubo League dan sayap pelajarnya, Chhatra League, juga dituduh terlibat dalam tindakan keras yang ganas itu.
Bangladesh telah meminta India mengekstradisi bekas pemimpin berusia 77 tahun itu.
Kerajaan sementara yang diketuai Ketua Penasihat Kerajaan Sementara Bangladesh Muhammad Yunus telah berjanji untuk mengadakan pilihan raya umum sebelum Jun 2026.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sheikh Hasina
#bekas perdana menteri Bangladesh
#jenayah kemanusiaan
#tribunal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan