awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hasrat Britain pindah kedutaan ke Baitulmaqdis langgar undang-undang antarabangsa - PM Palestin

Bernama
Bernama
04/10/2022
04:43 MYT
Hasrat Britain pindah kedutaan ke Baitulmaqdis langgar undang-undang antarabangsa - PM Palestin
Memindahkan kedutaan British ke Baitulmaqdis "akan menjejaskan hubungan dua hala dengan Palestin dan negara Arab serta Islam", kata Mohammed Ishtaye. - Fail/REUTERS
RAMALLAH: Perdana Menteri Palestin Mohammed Ishtaye berkata pada Isnin bahawa hasrat Britain untuk memindahkan kedutaannya di Israel ke Baitulmaqdis "adalah melanggar undang-undang antarabangsa," lapor Xinhua.
Memindahkan kedutaan British ke Baitulmaqdis "akan menjejaskan hubungan dua hala dengan Palestin dan negara Arab serta Islam, serta mengeluarkan Britain daripada sebarang usaha di peringkat antarabangsa untuk mencapai penyelesaian bagi menamatkan konflik di Palestin," kata Ishtaye pada mesyuarat mingguan kabinet.
"Kerajaan Palestin menyuarakan kebimbangan terhadap kenyataan Perdana Menteri baharu Britain, Liz Truss dan janjinya untuk menyemak kembali lokasi kedutaan Britain bagi tujuan pemindahan dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.
"Sebarang perubahan dalam status quo di Baitulmaqdis akan menjejaskan penyelesaian dua negara," kata Ishtaye.
Palestin mahu menubuhkan sebuah negara merdeka bersama Israel di wilayah yang diduduki Israel sejak 1967, termasuk Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya, manakala Israel berkeras agar seluruh Baitulmaqdis dijadikan ibu negaranya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Palestin
#Kedutaan Britain
#Baitulmaqdis
#Israel
#Mohammed Ishtaye
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan