awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dentuman misteri kembali didengari, JMG Perak dan polis tidak terima aduan
Jualan sektor pembuatan naik 4.2 peratus kepada RM1.97 trilion pada 2025 - Perangkaan
Kebenaran merancang perlu untuk bina rumah ibadat - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Helikopter terhempas, empat tentera Australia diisytihar terkorban

Bernama
Bernama
31/07/2023
13:27 MYT
Helikopter terhempas, empat tentera Australia diisytihar terkorban
Empat tentera Australia yang dilapor hilang selepas nahas helikopter lewat minggu lalu telah diisytiharkan terkorban. - Foto AP
MOSCOW: Empat tentera Australia yang dilapor hilang selepas nahas helikopter lewat minggu lalu telah diisytiharkan terkorban, lapor Sputnik memetik Menteri Pertahanan Australia Richard Marles pada Isnin.
Nahas berlaku pada Jumaat semasa latihan tentera bersama AS-Australia Talisman Saber, dengan penyertaan lebih 30,000 tentera.
Empat askar berkenaan merupakan Rejimen Penerbangan keenam Australia yang berpangkalan di Sydney.
Pada Sabtu, jurucakap polis Queensland berkata mereka telah menemui serpihan disyaki helikopter yang hilang.
"Sejak kemalangan helikopter MRH-90 pada malam Jumaat, terdapat aktiviti di Whitsundays mendedahkan penemuan serpihan dipercayai dari helikopter itu... terjadinya insiden malapetaka, dan dengan setiap jam berlalu, jelas bahawa harapan untuk menjejaki Kapten Lyon, Leftenan Nugent, Pegawai Waran Laycock dan Koperal Naggs masih hidup telah pudar ," kata Marles pada sidang akhbar.
Beliau berkata keluarga keempat-empat tentera telah dimaklumkan mengenai fakta itu.
Latihan Talisman Sabre 2023, yang dijadualkan berlangsung dari 21 Julai hingga 4 Ogos, telah ditangguh atas insiden itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nahas helikopter
#latihan tentera
#penemuan serpihan
#insiden malapetaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan