awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hilang pencen RM371,437 kerana curi RM31

Sinar Harian
Sinar Harian
20/04/2025
01:30 MYT
Hilang pencen RM371,437 kerana curi RM31
Pemandu bas tersebut bertindak memfailkan saman, namun kalah kes tersebut. - Foto Sinar Harian/Agensi
TOKYO: Seorang pemandu bas yang sudah berkhidmat selama 29 tahun hilang wang pencen berjumlah 12 juta yen (RM371,437) setelah dipecat, gara-gara mencuri 1,000 yen (RM31) daripada bayaran tambang penumpang.
Perbuatan lelaki itu turut dirakamkan kamera keselamatan bas, namun dinafikan individu tersebut yang kemudiannya bertindak memfailkan saman ke atas bandar Kyoto, namun kalah kes berkenaan.
Bandar Kyoto turut menyambut baik keputusan dibuat Mahkamah Agung pada minggu lalu memandangkan ia satu bentuk penyelewengan dan boleh menjejaskan kepercayaan orang ramai terhadap perkhidmatan pengangkutan awam.
Sebelum ini, pemandu bas tersebut sememangnya 'bermasalah' kerana pernah ditegur beberapa kali atas beberapa kesalahan sepanjang khidmatnya termasuk menghisap rokok elektrik (e-rokok) ketika sedang bekerja. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#pemandu bas
#pencen
#curi
#tambang penumpang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan