awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
Masalah kesuburan lelaki punca hanpir separuh kes pasangan sukar hamil - LPPKN
Kadar pemilikan rumah, akses kemudahan asas meningkat - DOSM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Himpunan Cinta Baju Melayu meriahkan sambutan Aidilfitri di Selatan Thailand

Bernama
Bernama
09/06/2019
00:33 MYT
Himpunan Cinta Baju Melayu meriahkan sambutan Aidilfitri di Selatan Thailand
Menggunakan 'hashtag' termasuk #CintaiBajuMelayu, #PestaRayaKita dan #BudayaMelayuPatani, Himpunan Cinta Baju Melayu pada 7 Jun, 2019 berjaya mengumpul hampir 2,000 golongan muda di dataran Masjid Kerisik sempena sambutan Aidilfitri. --fotoBERNAMA
Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Pattani, selatan Thailand begitu meriah apabila ribuan golongan muda menggayakan baju Melayu dan baju kurung baharu yang berwarna-warni membanjiri Masjid Kerisik di sini.
Himpunan Cinta Baju Melayu, anjuran Persatuan Pemuda Pattani bermula pada Hari Raya Aidilfitri kedua, ketiga dan keempat itu melihat golongan muda dari tiga wilayah selatan Thailand - Pattani, Narathiwat dan Yala mengenakan busana Melayu tradisional beramah mesra bagi mengeratkan silaturahim.
Menaiki motosikal, trak pikap dan kenderaan dari tiga wilayah itu mereka berhimpun di Masjid Kerisik yang juga dikenali sebagai Masjid Krue Se yang bersejarah itu.
Anak muda dari kampung sama telah menggayakan baju raya sedondon untuk menghadiri majlis itu.
Dengan menggunakan hashtag termasuk #CintaiBajuMelayu, #PestaRayaKita, dan #BudayaMelayuPatani, himpunan itu berjaya mengumpul hampir 2,000 golongan muda di dataran Masjid Kerisik sempena sambutan Aidilfitri, semalam.
Persiapan himpunan busana raya ini bermula kira-kira sebulan yang lepas di mana mereka akan mengumpul duit untuk membeli kain yang sama warna dan mengupah tukang jahit menyiapkan baju raya.
Pada Hari Raya pertama, Khamis lepas, golongan muda yang berpakaian baju Melayu dan berbaju kurung telah membersihkan Pantai Limau Nipis, Narathiwat.
Pada Sabtu, dianggarkan 1,000 golongan muda termasuk mahasiswa dan pelajar berkumpul di Masjid Kerisik.
Himpunan itu bertujuan untuk memartabatkan budaya Melayu khususnya menggalakkan golongan muda menggayakan busana traditional selain mengeratkan silaturahim dalam kalangan penduduk tempatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#baju melayu
#baju raya sedondon
#busana Melayu
#hari raya
#himpunan
#Masjid Kerisik
#Masjid Krue Se
#Pattani
#pelajar
#Thailand
#tradisional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan