awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hokkaido akan perkenal cukai penginapan mulai 2026

Bernama
Bernama
28/12/2024
07:45 MYT
Hokkaido akan perkenal cukai penginapan mulai 2026
Tetamu hotel dan rumah penginapan akan menghadapi cukai berganda di Hokkaido. - Gambar/ FB Paul Dela Cruz Cagayan
SAPPORO (Jepun): Kerajaan Hokkaido, sebuah pulau di utara Jepun yang terkenal dalam kalangan pelancong, akan memperkenalkan cukai penginapan sehingga 500 yen (US$3) semalam mulai April 2026.
Langkah itu menyertai peningkatan bilangan wilayah dan majlis perbandaran di seluruh Jepun yang menggunakan hasil cukai berkenaan untuk menambah baik infrastruktur dan sistem pengangkutan di tengah-tengah lonjakan pelancongan.
Dengan kira-kira 20 kerajaan tempatan di Hokkaido, termasuk ibu kota wilayah Sapporo, bersiap sedia melaksanakan cukai penginapan mereka sendiri, tetamu hotel dan rumah penginapan akan menghadapi cukai berganda, lapor Agensi Berita Kyodo.
Menurut ordinan yang diterima pakai oleh dewan perhimpunan Hokkaido pada Disember, pelawat ke pulau itu akan dikenakan bayaran 100 yen semalam untuk caj bilik kurang daripada 20,000 yen, manakala 200 yen akan dikenakan bagi caj antara 20,000 yen hingga kurang daripada 50,000 yen. Untuk caj bilik 50,000 yen atau lebih, mereka perlu membayar 500 yen.
Pelaksanaan cukai penginapan ini dijangka menjana sekitar 4.5 bilion yen bagi kerajaan Hokkaido.
Antara majlis perbandaran di Hokkaido, Sapporo akan mengenakan cukai 200 yen semalam untuk caj bilik kurang daripada 50,000 yen dan 500 yen bagi caj yang melebihi 50,000 yen.
Ini bermakna tetamu hotel dengan caj bilik 50,000 yen perlu membayar cukai penginapan sebanyak 1,000 yen.
Bermula dengan Tokyo pada 2002, cukai penginapan telah pun diperkenalkan di wilayah Osaka dan Fukuoka, serta beberapa majlis perbandaran termasuk Kanazawa dan Kyoto.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hokkaido
#Sapporo
#cukai penginapan
#pakej pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan