awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS tetapi tinggi berbanding mata wang utama
Sah! BTS jelajah ke KL, bakal pukau 200,000 ARMY
Pemimpin seterusnya perlu berintegriti, ikhlas berkhidmat - Abang Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hong Kong berkabung, bendera dikibar separuh tiang

Bernama
Bernama
29/11/2025
08:45 MYT
Hong Kong berkabung, bendera dikibar separuh tiang
Setakat Jumaat, angka korban akibat kebakaran yang berlaku pada Rabu di sebuah kompleks kediaman di daerah Tai Po telah meningkat kepada 128 orang. - Gambar/ Reuters
HONG KONG: Bendera kerajaan Hong Kong dan bendera kebangsaan China dikibarkan separuh tiang apabila para pegawai bertafakur selama tiga minit bagi memperingati mangsa kebakaran bangunan kediaman di daerah Tai Po, lapor Xinhua.
Ketua Eksekutif Hong Kong, John Lee bersama pegawai kanan kerajaan dan kakitangan awam menghadiri upacara peringatan di ibu pejabat kerajaan sekitar 8 pagi Sabtu.
Menurut kerajaan Hong Kong, bendera kebangsaan China dan bendera kerajaan Hong Kong di semua bangunan serta fasiliti kerajaan akan dikibarkan separuh tiang dari Sabtu hingga Isnin.
Sepanjang tempoh itu, pegawai kerajaan tidak akan menghadiri aktiviti awam yang tidak penting.
Semua aktiviti hiburan dan acara sambutan yang dianjurkan atau dibiayai kerajaan akan dibatalkan atau ditangguhkan.
Sepanjang tempoh berkabung, pusat takziah akan dibuka di semua 18 daerah bagi membolehkan orang awam menyampaikan ucapan takziah dan memberikan penghormatan kepada mangsa.
Setakat Jumaat, angka korban akibat kebakaran yang berlaku pada Rabu di sebuah kompleks kediaman di daerah Tai Po telah meningkat kepada 128 orang, menurut kerajaan Hong Kong.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran Hong Kong
#kebakaran apartmen
#hong kong berkabung
#Tai Po
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan