Skip to main content

Dunia

Hong Kong catat suhu tertinggi 36.9 darjah Celsius

[TB]_Hong Kong Cuaca Panas_BERNAMA
Keadaan cuaca yang sangat panas di Hong Kong dijangka berterusan selama beberapa hari lagi, dengan suhu berkemungkinan melebihi 37 darjah Celsius di sesetengah kawasan. - Gambar hiasan/BERNAMA
Advertisement

HONG KONG: Suhu di Hong Kong mencecah 36.9 darjah Celsius setakat 3.30 petang Ahad, iaitu suhu tertinggi sejak bandar raya itu mula merekodkan data meteorologi pada 1884, menurut Balai Cerap Hong Kong, lapor Xinhua.

Balai cerap itu memaklumkan bahawa cuaca panas terik berkenaan berpunca daripada aliran udara menurun di bahagian pinggir Taufan Dolphin. 

Keadaan cuaca yang sangat panas itu dijangka berterusan selama beberapa hari lagi, dengan suhu berkemungkinan melebihi 37 darjah Celsius di sesetengah kawasan.

Taufan Dolphin melanda wilayah Zhejiang di pantai timur China pada petang Ahad.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video

Advertisement