BEIJING: Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) China memberitahu satu permohonan untuk menyertai Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) telah dikemukakan pada Januari dan dijangka menandatangani perjanjian secara rasmi selepas 18 bulan.
Ketua Pengarah Perdagangan dan Perindustrian kerajaan HKSAR, Brian Lo Sai Hung berkata demikian dalam satu seminar secara maya, pada Isnin.
RCEP kini mempunyai 15 anggota, termasuk China, Jepun, Korea Selatan, Australia, New Zealand dan 10 negara anggota ASEAN.
Menurut Lo Sai Hung, jumlah perdagangan antara Hong Kong dengan anggota RCEP kini direkodkan sebanyak AS$962.6 bilion (RM4.02 trilion), manakala jumlah perkhidmatan pula mencatat AS$103 bilion (RM430.9 bilion), iaitu hampir 60 peratus daripada keseluruhan jumlah perdagangan di wilayah pentadbiran khas itu.
"Penyertaan ke RCEP bukan sahaja akan memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi di Hong Kong, malah mendorong pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) setempat," kata Lo.
Timbalan Pengarah Eksekutif Majlis Pembangunan Perdagangan Hong Kong (HKTDC), Patrick Lau percaya bahawa sekiranya permohonan itu berjaya, status Hong Kong sebagai hab perdagangan transit akan dapat dipertingkat.
Katanya, ia juga akan membantu menggalakkan pembangunan sektor profesional melibatkan kewangan dan undang-undang, selain mendorong kerjasama antara entiti ekonomi yang berbeza.
Naib Ketua Setiausaha The Hong Kong Coalition, Kennedy Y.H. Wong pula berpendapat bahawa Hong Kong akan memperluas rangkaian perniagaannya dan membawa peluang perniagaan berterusan kepada anggota sekiranya menyertai RCEP.
Pada Jun 2021, Ketua Eksekutif HKSAR, Carrie Lam memaklumkan Hong Kong mempunyai syarat mencukupi untuk menyertai RCEP.
Beliau turut positif dengan menyertai RCEP, lebih banyak perusahaan Hong Kong akan berminat untuk melabur, sekali gus memacu pelaburan serta pembangunan pembinaan yang berkaitan di rantau ini.
Lam mendedahkan bahawa kerajaan Hong Kong telah menyatakan kesediaannya menyertai RCEP sejak 2018, dan Hong Kong turut dialu-alukan menyertai RCEP selepas perjanjian itu dikuatkuasakan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 23 2022
Penyertaan ke RCEP bukan sahaja akan memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi di Hong Kong, malah mendorong pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) setempat. - Gambar fail
ACCA: Profesional kewangan optimis namun berhati-hati dengan prospek ekonomi Malaysia
Bagaimanapun, kebimbangan terhadap kos operasi dan faktor luaran memerlukan pendekatan berhemat oleh organisasi kewangan dan perniagaan.
Op Selamat 22 catat penurunan kes kemalangan, kematian
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata jumlah kes kemalangan menurun sebanyak 8,862 kes berbanding 8,989 kes pada tahun lepas.
AWANI Pagi: Joseph Kurup dalam kenangan
Temuramah bersama Edwin Laimin, Ketua Pemuda PBRS sempena mengenan Joseph Kurup dalam kenangan.
Bayern, Real akhiri cabaran Eropah Arsenal, City
Anak buah Thomas Tuchel mara ke pusingan empat terbaik, selepas menang 1-0 ke atas skuad kendalian Mikel Arteta.
Niaga AWANI: Revolutionizing finance with seamless expense management solutions
The challenges of managing expenses efficiently and meeting regulatory requirements are universal concerns for businesses. Let's explore on how Swipey, a fintech firm, addresses regulatory concerns and its role in promoting transparency and accountability in financial management.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Joseph Kurup pemimpin yang setia berkhidmat untuk Sabah
Joseph, 79, yang memiliki latar belakang sebagai pengamal undang-undang, dilahirkan di Tambunan pada 15 Dis 1944.
Pelepasan misi kemanusiaan Break the Seige of Gaza Freedom Flotilla
Aktivis kemanusiaan dari seluruh dunia bakal berkumpul di Istanbul, Turki pada 18 April ini (Khamis) untuk terlibat dalam persiapan akhir sempena misi Break The Seige of Gaza Freedom Flotilla.
Mereka yang terlibat dalam misi kemanusiaan ini bersatu di bawah gerakan Freedom Flotilla Coalition (FFC).
Untuk perkembangan lanjut, kita bersama rakan setugas, Nursyazwani Saiful Sham.
Mereka yang terlibat dalam misi kemanusiaan ini bersatu di bawah gerakan Freedom Flotilla Coalition (FFC).
Untuk perkembangan lanjut, kita bersama rakan setugas, Nursyazwani Saiful Sham.
TPM, Jemaah Menteri rakam ucapan takziah kepada Arthur sekeluarga
Mendiang Joseph Kurup disifatkan seorang teman yang sentiasa bersemangat mendukung obor perjuangan parti tatkala susah dan senang.
Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh lawat Turki hujung minggu ini - Erdogan
Presiden Turki akan menjadi tuan rumah kepada pemimpin kanan Hamas itu.
Iran-Israel: Tindak balas Israel berisiko heret wilayah dalam perang - Jordan
Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi berkata, tindakan balas Israel terhadap serangan Iran boleh membawa risiko sebenar mengheret seluruh wilayah itu ke dalam perang yang dahsyat.
Malaysia perluas hubungan perdagangan: Pastikan pelaksanaan ACFTA, RCEP berjaya
Malaysia berazam untuk memperluas hubungan perdagangan negara dengan memastikan kejayaan pelaksanaan perjanjian ACFTA dan RCEP.
Banyak syarikat gagal manfaatkan pengurangan duti import CPTPP, RCEP - MITI
MITI menghadapi cabaran untuk meningkatkan kadar penggunaan atau pemanfaatan CPTPP dan RECEP oleh syarikat tempatan walaupun telah dikuatkuasakan sejak 2022.
Malaysia-Vietnam akan manfaatkan RCEP, CPTPP - Tengku Zafrul
Katanya, RCEP dan CPTPP akan mempertingkatkan usaha pemulihan ekonomi yang sedang dilaksanakan oleh kedua-dua negara, pascapandemik.
Perdagangan luar China lepasi RMB20 trilion
Jabatan Pentadbiran Am Kastam China (GACC) menyifatkan prestasi itu selaras dengan jangkaan selepas meraih pertumbuhan sebanyak 2.1 peratus.
Sri Lanka minta sokongan Indonesia untuk sertai RCEP
Menteri Luar Sri Lanka, Ali Sabry, bertemu dengan Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati, di Jakarta pada Khamis.
RCEP dikuat kuasa secara menyeluruh babitkan semua 15 ahli
Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dikuat kuasa secara rasmi di Filipina pada Jumaat, menandakan kesemua 15 anggota meratifikasi perjanjian berkenaan, lapor Xinhua.
FMM akan bekerjasama dengan China dalam pelbagai bidang
FMM akan bekerjasama dengan CCPIT dan CCOIC untuk memperkukuh hubungan perniagaan serta kerjasama antara Malaysia dan China.
MYEG meterai perjanjian dengan China Customs bagi pemudahan perdagangan rentas sempadan
Sijil lain yang berkaitan dengan perdagangan rentas sempadan seperti jaminan makanan, kuarantin dan dokumen kargo juga boleh dikeluarkan di platform blockchain itu.
Malaysia bakal penerima manfaat terbesar RCEP dari kalangan negara ASEAN - Azmin
Memetik laporan UNCTAD, Azmin berkata, Malaysia diunjurkan mencatat nilai peningkatan eksport sehingga USD200 juta.
Malaysia alu-alukan Arab Saudi manfaatkan penyertaan negara dalam RCEP - MITI
Malaysia dan Arab Saudi mengesahkan komitmen masing-masing untuk mengukuhkan perdagangan dua hala ke tahap yang lebih tinggi.