awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hospital di Gaza jadi 'kubur besar'

Sinar Harian
Sinar Harian
14/11/2023
12:23 MYT
Hospital di Gaza jadi 'kubur besar'
Mayat dilaporkan bergelimpangan di sekitar Hospital al Shifa dan bekalan elektrik di rumah mayat juga sudah terputus. - Gambar fail/ Reuters
PENGARAH hospital terbesar di Genting Gaza pada Selasa memaklumkan kira-kira 179 pesakit yang meninggal dunia terpaksa dikebumikan di dalam 'kubur besar' di kompleks tersebut yang kini kehabisan bekalan bahan api.
Situasi menyayat hati di Hospital al-Shifa itu diumumkan Mohammad Abu Salmiyah sambil menambah jumlah yang disemadikan dalam satu liang lahad itu termasuk tujuh bayi dan 29 pesakit di unit rawatan rapi (ICU).
"Terdapat mayat bergelimpangan di sekitar hospital dan bekalan elektrik di rumah mayat juga sudah terputus," ujarnya dilapor AFP.
Wartawan yang berada di lokasi itu turut mengesahkan bau busuk mayat mereput menyelubungi seluruh hospital berkenaan walaupun kempen pengeboman sejak malam Isnin dilaporkan 'tidak seganas' pada akhir minggu lalu.
"Kami tiada bekalan elektrik, tiada sumber air dan makanan. Keadaan semakin teruk dan tidak berperikemanusiaan," kata seorang doktor yang enggan identitinya didedahkan.
Dalam perkembangan berkaitan, konvoi kereta kebal dan kereta perisai rejim Zionis dilaporkan menghampiri pagar utama hospital berkenaan yang menjadi tempat berlindung kira-kira 20,000 penduduk Gaza yang kehilangan tempat tinggal.
Operasi pencerobohan tersebut dilancarkan setelah tentera Israel menuduh pejuang Hamas menggunakan terowong di bawah hospital itu sebagai 'pusat perintah' dan menjadikan pesakit dan mangsa cedera sebagai 'perisai manusia'.
Pasukan Pertahanan Israel (IDF) juga menyatakan kononnya mereka tidak menyasarkan hospital sebaliknya hanya mahu menghapuskan pejuang Hamas.
Sebagai respons terhadap provokasi melampau itu, sekutu kuatnya, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menggesa IDF supaya tidak mengambil langkah tergesa-gesa menerusi kenyataan pertama yang jelas mengutuk operasi tersebut.
"Hospital wajar dilindungi," katanya di Pejabat Oval.
Sementara itu, jurucakap IDF, Peter Lerner tetap berdegil mempertahankan tindakan kemaraan mereka tanpa menghiraukan kecaman komuniti antarabangsa setelah hospital terus menjadi sasaran kempen pengeboman rejim Zionis sejak akhir-akhir ini. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#kubur besar
#Hospital Al-Shifa
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan