awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hospital New York kaji ubat pedih ulu hati sebagai rawatan COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
27/04/2020
01:44 MYT
Hospital New York kaji ubat pedih ulu hati sebagai rawatan COVID-19
Rangkaian hospital utama di New York memberikan ubat pedih ulu hati dalam dos yang banyak kepada pesakit COVID-19 untuk melihat sama ada berfungsi melawan penyakit itu. -Gambar hiasan
Rangkaian hospital utama di New York memberikan ubat pedih ulu hati dalam dos yang banyak kepada pesakit COVID-19 untuk melihat sama ada berfungsi melawan penyakit itu.
Presiden Institut Penyelidikan Perubatan Feinstein di Northwell Health yang menguruskan 23 hospital di kawasan New York City, Dr Kevin Tracey berkata kajian menggunakan famotidine, iaitu bahan aktif dalam Pepcid, bermula pada 7 April lalu dan hasil awal dijangka dapat dilihat dalam beberapa minggu.
“Pesakit menerima ubat secara intravena pada dos kira-kira sembilan kali lebih tinggi daripada yang diambil untuk pedih ulu hati.
“Sehingga kini, 187 pesakit telah mendaftar dalam percubaan klinikal dan Northwell akhirnya berharap dapat mendaftarkan 1,200 orang,” kata Tracey.
Tracey dan rakan-rakannya mendapat idea untuk mengkaji famotidine setelah melihat beberapa pesakit di China yang mengambil ubat tersebut menjadi lebih sihat berbanding pesakit yang tidak mengambilnya.
"Ada banyak anekdot yang memberi kita harapan. Saya benar-benar menantikan hasil percubaan ini,” jelasnya.
Tracey berkata pemerhatian pada pesakit China dalam tinjauan oleh Alchem Laboratories menunjukkan famotidine dapat memberikan keputusan yang didarapkan dalam merawat COVID-19.
Kajian famotidine pertama kali dilaporkan di Science Magazine.
Topic Berkaitan
#Alchem Laboratories
#COVID-19
#Hospital
#intravena
#Kevin Tracey
#koronavirus
#New York
#Northwell
#Pepcid
#ubat pedih ulu hati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan