SAN'A: Kumpulan pejuang Houthi menafikan dakwaan pakatan ketenteraan pimpinan Arab Saudi bahawa pihaknya melancarkan pesawat tanpa pemandu (dron) yang menyasarkan kota suci Mekah.
Ahli biro politik Houthi, Hazem al-Assad, menerusi hantaran di platform X menyifatkan tuduhan Riyadh itu sebagai satu dakwaan yang tidak berasas.
Beliau berkata naratif mengenai serangan terhadap Mekah merupakan dakwaan lama yang dikitar semula dan tidak lagi memperdaya masyarakat antarabangsa.
مزاعم استهداف مكة المكرمة كذبةٌ ممجوجة استُهلكت سابقًا، ولم تعد تنطلي على أحد، يا أرامل جيفري إبستين!
قاتلوا قتال الرجال، إن كنتم رجالًا https://t.co/QlWJm431hT— حزام الأسد (@hezamalasad) September 15, 2026
Penafian itu dibuat susulan kenyataan pakatan pimpinan Arab Saudi yang mendakwa sistem pertahanan udaranya telah memintas dan memusnahkan sebuah dron yang menuju ke arah Mekah pada pukul 6.50 petang waktu tempatan, Selasa.
Menurut pakatan berkenaan, dron itu dipintas sebelum memasuki ruang udara larangan berhampiran kota suci tersebut.
Perkembangan terbaharu itu berlaku ketika ketegangan di rantau Asia Barat terus meningkat, dengan pelbagai usaha diplomatik sedang dijalankan bagi mengelakkan konflik daripada terus merebak.
Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Luar Iran Abbas Araghchi dilaporkan berlepas ke China untuk mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Wang Yi, ketika situasi keselamatan di rantau itu terus menjadi perhatian masyarakat antarabangsa.