awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hugo Chavez tidak hadir majlis angkat sumpah

Astro Awani
Astro Awani
08/01/2013
23:16 MYT
Hugo Chavez tidak hadir majlis angkat sumpah
Hugo Chavez tidak akan menghadiri majlis angkat sumpah penggal ketiganya sebagai Presiden Venezuela yang dijadualkan berlangsung Khamis ini. Ia susulan masalah kesihatan yang dialaminya.
Chavez yang menjalani pembedahan akibat kanser pada Disember lalu, dilaporkan masih dirawat di Cuba. Beliau sebelum ini dilaporkan mengalami komplikasi akibat jangkitan kuman.
Sejak pembedahan lalu, Presiden Venezuela itu tidak lagi muncul di khalayak ramai. Malah keadaan kesihatannya juga tidak didedahkan.
Susulan keadaan itu, pembangkang mendesak Mahkamah Agung memutuskan tindakan yang perlu diambil jika Chavez gagal mengangkat sumpah, Khamis ini.
Menurut Ketua Pembangkang, Henrico Capriles, berdasarkan perlembagaan, pilihan raya baru perlu diadakan dalam masa sebulan.
Selain itu, katanya rakyat juga berhak mengetahui tahap kesihatan Chavez.
Beliau juga menegaskan, presiden perlu sihat sebelum memulakan penggal baru pemerintahan.
Chavez dipilih menjadi presiden sejak 1999.
Topic Berkaitan
#Hugo Chavez
#kanser
#preside
#Venezuela
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan