awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan lebat akibat Taufan Khanun landa Taiwan

Agensi
Agensi
05/08/2023
12:51 MYT
Hujan lebat akibat Taufan Khanun landa Taiwan
Hujan melanda daerah tengah Nantou sejak Taufan Khanun melanda utara Taiwan Khamis lalu dengan lebih 1 meter hujan di kawasan perbandaran Renai memusnahkan jalan raya dan mengakibatkan tanah runtuh.- Gambar AP/Johnson Lai
TAIPEI: Hujan lebat susulan Taufan Khanun di bahagian pergunungan Taiwan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di daerah Nantou pada Sabtu.
Memetik CNA, kejadian menyebabkan ratusan penduduk terkandas dan pihak berkuasa bergegas menyambung rangkaian pengangkutan.
Hujan melanda daerah tengah Nantou sejak Taufan Khanun melanda utara Taiwan Khamis lalu dengan lebih 1 meter hujan di kawasan perbandaran Renai memusnahkan jalan raya dan mengakibatkan tanah runtuh.
Rakaman berita tempatan menunjukkan sebuah stesen minyak di Renai ditimbus tanah runtuh, manakala lebuh raya berhampiran dinaiki air yang mana memutuskan sambungan pengangkutan utama di kawasan pergunungan itu.
Dalam pada itu, dua orang hilang dan lebih 460 terkandas, kebanyakannya di kawasan pergunungan terpencil namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Menurut Agensi Berita Pusat rasmi, Ketua Daerah Nantou, Hsu Shu-Hua berkata beberapa orang terkandas di pergunungan dan menggesa kerajaan pusat dan angkatan tentera untuk menghantar bantuan secepat mungkin.
Naib Presiden William Lai berikrar untuk menyediakan membantu dalam usaha memulihkan infrastruktur dan pengangkutan.
Hujan lebat diramal berterusan sepanjang hujung minggu, walaupun pada paras yang berkurangan ketika pihak berkuasa terus mengeluarkan amaran tanah runtuh di kawasan pergunungan di tengah dan selatan Taiwan.
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#Taufan Khanun
#hujan lebat
#kawasan pergunungan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan