awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ajaran sesat: Kerajaan tidak ambil ringan, dapatkan laporan dari negeri - Marhamah
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan lebat, angin kencang ragut 13 nyawa di wilayah Punjab, Pakistan

Bernama
Bernama
25/05/2025
01:30 MYT
Hujan lebat, angin kencang ragut 13 nyawa di wilayah Punjab, Pakistan
PDMA sebelum ini mengeluarkan amaran cuaca pada Jumaat, berhubung kemungkinan berlaku angin kencang, ribut pasir dan hujan di beberapa kawasan di Punjab. - Gambar hiasan
ISTANBUL: Sekurang-kurangnya 13 orang terkorban manakala 92 lagi cedera pada Sabtu susulan hujan lebat dan angin kencang yang melanda wilayah Punjab timur tengah Pakistan, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Menurut akhbar "Dawn" memetik pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Wilayah (PDMA), lebih 10 kematian dilaporkan berpunca akibat runtuhan kediaman usang serta terdedah kepada persekitaran yang tidak selamat.
Seorang pekerja kilang turut maut manakala lima yang lain cedera parah apabila bumbung kilang tempat mereka bekerja runtuh, menurut laporan Televisyen Pakistan yang dikendalikan kerajaan.
Seorang lagi mangsa maut selepas disambar petir.
Beberapa rumah yang diperbuat daripada tanah liat serta rumah yang tidak diselenggara dengan baik turut mengalami kerosakan akibat ribut.
PDMA sebelum ini mengeluarkan amaran cuaca pada Jumaat, berhubung kemungkinan berlaku angin kencang, ribut pasir dan hujan di beberapa kawasan di Punjab.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#Pakistan
#ribut
#bangunan runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami