awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan lebat: Angka kematian di Himachal Pradesh meningkat kepada 71

Bernama
Bernama
17/08/2023
04:40 MYT
Hujan lebat: Angka kematian di Himachal Pradesh meningkat kepada 71
Bantuan dan kerja-kerja menyelamat sedang dijalankan di kawasan terjejas manakala jumlah kematian serta anggaran jumlah kerosakan dijangka meningkat. - Gambar/ AP
NEW DELHI: Angka kematian akibat hujan sejak tiga hari lalu di negeri utara Himachal Pradesh, India meningkat kepada 71, menurut seorang pegawai kanan pengurusan bencana pada Rabu.
Mengulas mengenai situasi bencana di negeri itu, Setiausaha Utama Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negeri Himachal Pradesh, Onkar Chand Sharma berkata bahawa bantuan dan kerja-kerja menyelamat sedang dijalankan di kawasan terjejas manakala jumlah kematian serta anggaran jumlah kerosakan dijangka meningkat.
"Lebih banyak kerosakan berlaku pada 13, 14 dan 15 Ogos berbanding Julai. Angka kematian ialah 71 orang dan terdapat kehilangan harta benda. Anggaran dijangka meningkat susulan kerja-kerja menyelamat dan bantuan serta anggaran terperinci akan mengambil masa," media memetik pegawai itu sebagai berkata.
Sementara itu, seramai 2,500 orang telah dipindahkan ke tempat selamat.
Kerajaan negeri memutuskan untuk menutup semua institusi pendidikan pada Khamis bagi memastikan keselamatan pelajar.
Sekolah-sekolah telah ditutup di negeri ini sejak beberapa hari lalu berikutan cuaca buruk, kejadian tanah runtuh dan situasi seperti banjir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bencana alam
#India
#hujan lebat
#Himachal Pradesh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan