awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IAEA dedah Tehran mula hasilkan uranium

Astro Awani
Astro Awani
06/07/2021
23:27 MYT
IAEA dedah Tehran mula hasilkan uranium
Simbol radioaktiviti dipamerkan pada Pameran Nuklear Dunia (WNE) di Villepinte, dekat Paris, Perancis, 26 Jun, 2018. - Gambar hiasan/REUTERS
AGENSI Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada Selasa mendedahkan, Iran memulakan proses penghasilan uranium yang boleh membantu republik itu menghasilkan senjata nuklear.
Tindakan itu didakwa bakal menjadi punca terjejasnya rundingan bagi menghidupkan semula Perjanjian Nuklear 2015 dengan negara kuasa besar lain.
Amerika Syarikat turut menyifatkan tindakan Tehran itu sebagai langkah ke belakang.
Wakil Washington dan blok Eropah sebelum ini memberi pandangan jelas, keputusan Iran secara langsung akan mempengaruhi prospek rundingan nuklear.
Bagaimanapun, beberapa siri rundingan yang berjalan di Geneva sebelum ini belum mencapai keputusan muktamad.
Rundingan bermula April sehingga Jun. Tiada tarikh ditetapkan untuk rundingan pusingan baharu.
Tumpuan kini adalah untuk mengembalikan Amerika ke dalam perjanjian itu selepas bekas Presiden Donald Trump mengumumkan untuk menarik diri pada 2018.
Tehran sebelum ini menghasilkan sejumlah kecil uranium yang tidak diperkaya.
Langkah itu disifatkan sudah mencabuli perjanjian.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Iran
#Tehran
#uranium
#IAEA
#nuklear
#Amerika Syarikat
#Washington
#senjata nuklear
#Perjanjian Nuklear 2015
#Geneva
#rundingan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan