KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) menyuarakan kebimbangan terhadap keadaan di loji kuasa nuklear Zaporizhzhia dikuasai Rusia dan nasib tahanan perang (POW) dalam konflik Ukraine-Rusia.
Ketua Pengarah ICRC Robert Mardini berkata sekiranya berlaku kebocoran nuklear, adalah amat sukar bagi ICRC untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada pihak terbabit.
"Apabila kawasan berbahaya menjadi medan pertempuran, berjuta-juta orang dan alam sekitar bakal terjejas serta boleh menjadi malapetaka bertahun-tahun.
"Oleh itu, sudah tiba masanya untuk berhenti bermain dengan api dan sebaliknya mengambil langkah konkrit untuk melindungi kemudahan ini daripada operasi ketenteraan.
"Sedikit kesilapan dalam percaturan boleh mencetuskan kemusnahan yang akan dikesali selama beberapa dekad," katanya dalam satu kenyataan yang disediakan oleh ICRC kepada Bernama.
Beliau memberi respons selepas ICRC menjalankan misi kemanusiaan selama enam bulan di Ukraine akibat operasi ketenteraan Rusia sejak 24 Feb.
Ukraine dan Rusia saling menuding jari antara satu sama lain tentang situasi keselamatan di loji Zaporizhzhia dengan tembakan atau serangan dron berlaku di sekitar loji itu, hingga mempertaruhkan keselamatan Chernobyl.
Kyiv berkata Rusia telah menggunakan loji itu sebagai perisai agar pasukannya boleh menyerang bandar dan pekan, dan sukar bagi Ukraine untuk membalas serangan.
Kyiv juga menuduh tentera Rusia membedil loji itu.
Mardini turut melahirkan kebimbangan membabitkan akses terhadap tawanan perang Rusia-Ukraine, dan sehingga kini, ICRC hanya dibenarkan melawat ratusan tawanan perang di kedua-dua belah pihakwalaupun organisasi kemanusiaan antarabangsa itu meminta akses kepada ribuan lagi.
ICRC akan terus menuntut akses kepada semua POW, berpandukan komitmen dan mandat kemanusiaannya di bawah Konvensyen Geneva.
"Kini sudah sebulan berlalu sejak kejadian serangan ke atas kemudahan penjara Olenivka.
"Walaupun rundingan masih diteruskan di belakang tabir, ICRC masih belum diberi jaminan untuk melawat tawanan perang dan memeriksa keadaan mereka. Kami bekerja keras untuk mengubah keadaan itu," katanya.
Mardini juga berkata ICRC dengan sokongan Palang Merah Ukraine dan rakan kongsi Gerakan Palang Merah serta Bulan Sabit Merah yang lain, telah membantu lebih 700,000 orang yang terjejas akibat perang bagi meningkatkan akses kepada penjagaan kesihatan, selain memastikan lebih 9 juta orang mempunyai akses kepada air bersih dan boleh diminum.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 02 2022
ICRC berkata sekiranya berlaku kebocoran nuklear, adalah amat sukar bagi ICRC untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada pihak terbabit. - Foto fail/REUTERS
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
AS salur bantuan tambahan bernilai AS$300 juta kepada Ukraine
Presiden Joe Biden meluluskan pakej ketenteraan baru bernilai AS$300 juta untuk Ukraine, merangkumi peluru untuk dron dan persenjataan.
China akan hantar wakil khas ke Ukraine: Xi maklumkan kepada Zelenskyy dalam perbualan telefon
China konsisten dan jelas dalam kesediaannya untuk membangunkan hubungan dua hala dengan Ukraine, kata Xi kepada Zelenskyy.
Jawatankuasa Olimpik Afrika sokong atlet Rusia dan Belarus bertanding di bawah bendera neutral
Ahli ANOCA sebulat suara memutuskan untuk menyokong penyertaan atlet Rusia dan Belarus dalam semua pertandingan antarabangsa.
Rusia mahu tamatkan krisis di Ukraine secepat mungkin - Menteri Luar
Melindungi nyawa askar dan orang awam adalah keutamaan bagi Moscow, kata Lavrov.
Zelensky berucap kepada rakyat Ukraine sempena Hari Natal
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky meminta rakyatnya untuk kekal tabah berdepan serangan.
Amaran serangan udara diaktifkan seluruh Ukraine pada Sabtu
Dengan menggunakan saluran komunikasi, pegawai tempatan meminta orang ramai mencari tempat perlindungan.
Tiga sidang kemuncak serantau dijangka dapat bantu akhiri krisis Ukraine - TPM Thailand
Ia pertama kali seumpamanya membabitkan pihak-pihak berkepentingan berkumpul sebagai peserta di tiga lokasi di Asia Tenggara.
[KOLUMNIS] Ekonomi Ayam - Mesti ada 'common-sense, make sense'
Sejak bermulanya peperangan Russia-Ukraine pada tahun ini, harga makanan global telah meningkat lagi sebanyak 12%.
Rusia bakal tinggalkan ISS selepas 2024
Rusia akan beri tumpuan kepada usaha membina pos luar orbitnya sendiri.
Rusia nafi serang pelabuhan Ukraine selepas perjanjian mengenai bijirin - Menteri Turkiye
Pihak berkuasa Rusia memaklumkan ia tidak terlibat dalam serangan ini serta sedang meneliti isu itu dengan terperinci.