TEXAS: Seorang pemancing, Danny Lee Smith berjaya menangkap seekor ikan berkepala buaya di sebatang sungai di Texas baru-baru ini.
Smith menangkap ikan tersebut di Sungai Neosho di negeri Amerika Syarikat pada bulan lalu.
Namun, kejayaannya menangkap hidupan air itu hanya didedahkan menerusi satu dokumentari yang disiarkan baru-baru ini di AS.
Berat ikan berkepala buaya yang berjaya ditangkap oleh Smith dengan pancingnya itu ialah 17.92 kilogram (kg) manakala panjang haiwan tersebut ialah 1.37 meter.
Menurut satu kenyataan Jabatan Hidupan Liar dan Taman Kansas (KDWP), lelaki itu berjaya memangkap haiwan itu setelah dia mengikuti tip memancing ikan di sungai berkenaan.
Menurut Perkhidmatan Hidupan Liar dan Ikan AS, haiwan itu boleh ditemui di kawasan dari barat daya Ohio dan selatan IIIinois sehingga ke Sungai Mississippi serta di Teluk Mexico.
Bagaimana haiwan itu boleh berada di Sungai Neosho masih menjadi misteri.
Ini adalah kerana ikan itu bukannya haiwan yang hidup secara semula jadi di sungai itu.
Justeru, Penyelia Ikan diJabatan Hidupan Liar dan Taman Kansas, Sean Lynott percaya ikan tersebut kemungkinan dilepaskan ke sungai itu dari sebuah akuarium.
"Terdapat juga kemungkinan bahawa seseorang individu telah melepaskan haiwan itu ke sungai tersebut," katanya. - Agensi
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Oct 16 2021
Danny Lee Smith berjaya menangkap ikan berkepala buaya di Sungai Neosho, Kansas baru -baru ini. - Foto KDWP
Polis tahan pemandu treler bantu siasatan
Wanita maut, lelaki cedera parah dihempap kontena
Mangsa yang maut, Lee Zi Rou, 21, memandu kereta Perodua Bezza manakala Tan Chou Theng, 25, yang cedera parah merupakan pemandu Honda Jazz.
Universiti perlu ekosistem seimbang sebagai penanda aras, bukan hanya ranking - Zambry
Setiap universiti perlu memastikan keseimbangan ekosistem secara keseluruhan sebagai penanda aras dan bukan hanya menjadikan pencapaian ranking (kedudukan) sebagai matlamat terpenting.
Ada pemindahan wang berjumlah RM2.6 juta ke akaun Bayu Bumiraya Sdn Bhd - Saksi
Pengurus CIMB Cawangan Tunku Abdul Rahman, Rahimi Mohamed Ramli berkata kesemua wang itu dipindahkan menerusi tujuh transaksi antara 31 Jan 2022 hingga 31 Dis tahun sama.
Tumpuan Khamis – 14 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Persatuan sukan diminta wujudkan akaun khas untuk mudahkan pengurusan dana - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) yang belum mempunyai akaun khas diminta supaya segera berbuat demikian bagi membolehkan pengurusan dana dilaksanakan dengan teratur.
10 Berita Pilihan - (13 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MITRA lulus hampir RM100 juta laksana inisiatif perkasa masyarakat India - Ramanan
Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) telah meluluskan 14 inisiatif yang bernilai hampir RM100 juta tahun ini.
AWANI Ringkas: Kepenggunaan | Mengenang Tun Daim
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Mengenang Tun Daim | Kerugian FashionValet
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ikan berkepala buaya berjaya ditangkap di sungai Texas
Smith menangkap ikan tersebut di Sungai Neosho di negeri Amerika Syarikat pada bulan lalu.