awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imej budak pegang kepala dipenggal papar kekejaman IS - Abbott

AFP
AFP
11/08/2014
11:19 MYT
Imej budak pegang kepala dipenggal papar kekejaman IS - Abbott
Australia berkemungkinan menyertai misi kemanusiaan membantu orang awam yang diancam puak pelampau Sunni di utara Iraq.
Satu imej mengejutkan dipercayai anak seorang lelaki Australia memegang kepala yang dipenggal di Syria menunjukkan betapa kejamnya "tentera pengganas" IS, Perdana Menteri Tony Abbott berkata pada Isnin.
Abbott meluahkan komen tersebut semasa mengumumkan bahawa Australia berkemungkinan menyertai misi kemanusiaan membantu orang awam yang diancam puak pelampau Sunni di banjaran gunung di utara Iraq, kemungkinan pada minggu ini.
Gambar yang diambil di bandar Raqa di utara Syria, telah dipaparkan di akaun Twitter milik Khaled Sharrouf, lelaki Australia yang melarikan diri ke Syria tahun lepas dan kini merupakan pejuang IS, menurut akhbar The Australian.
Ia dilapor memaparkan anak lelaki Sharrouf yang berusia tujuh tahun memegang kepala seorang tentera Syria yang dipenggal.
Di bawahnya tertera "Bagus, anakku ".
Satu lagi gambar yang diterbitkan akhbar itu menunjukkan Sharrouf bersama tiga kanak-kanak lelaki yang dipercayai anak-anaknya memegang senjata di hadapan bendera IS.
Abbot bercakap kepada ABC dari Belanda berkata gambar itu jelas menunjukkan kekejaman kumpulan pengganas itu.
Australia telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Sharrouf.
Dianggarkan sehingga 150 warga Australia turut serta mengangkat senjata berperang bersama puak militan di luar negara, terutamanya di Iraq and Syria.
Topic Berkaitan
#IS
#Khaled Sharrouf
#Tony Abbott
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan