Skip to main content

Dunia

Imej letusan solar besar matahari dirakam

41645576683_TBIMEJSOLAR.jpg
WASHINGTON: Sebuah kapal angkasa berjaya merakamkan imej letusan solar yang besar pada matahari baru- baru ini.

Ia dirakamkan menerusi kapal angkasa yang merakamkan imej matahari yang dicipta hasil kerjasama Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat (AS) serta Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA).

Menurut ESA, ia merupakan letusan solar terbesar yang pernah dilihat menerusi satu imej tunggal di matahari.

Letusan solar itu berlaku pada 15 Februari lalu tetapi hanya didedahkan kepada umum baru-baru ini.

Kapal angkasa itu memang direka untuk merakamkan imej matahari menerusi kamera khasnya.

Menurut ESA, letusan solar itu tidak menghantar partikel-partikel yang berbahaya ke arah bumi.

* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.



Advertisement

Must Watch Video