Skip to main content

Dunia

IMF luluskan penyaluran AS$1.22 bilion kepada Pakistan

Viersen, Germany - January 9. 2024: Smartphone screen with logo lettering of IMF international monetary fond on computer keyboard -- ADOBE STOCK
Lembaga Eksekutif Tabung Kewangan Antarabangsa mencapai persetujuan di peringkat kakitangan mengenai program pinjaman Pakistan, sekali gus membuka laluan kepada penyaluran dana baharu berjumlah AS$1.22 bilion.

WASHINGTON: Lembaga Eksekutif Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Jumaat mencapai persetujuan di peringkat kakitangan mengenai program pinjaman Pakistan, sekali gus membuka laluan kepada penyaluran dana baharu berjumlah AS$1.22 bilion, menurut badan itu.

Keputusan berkenaan membolehkan penyaluran segera kira-kira AS$1.1 bilion di bawah kemudahan Extended Fund Facility (EFF), selain sekitar AS$220 juta lagi menerusi Resilience and Sustainability Facility (RSF).

IMF memaklumkan, dana tersebut bertujuan menyokong usaha Pakistan menstabilkan ekonomi, memperkukuh daya tahan fiskal serta menangani cabaran jangka sederhana dan panjang negara itu. - Agensi

Must Watch Video