Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Jerebu: Enam stesen di Sarawak kekal tidak sihat setakat 1 tengah hari

Berdasarkan data pengurusan kualiti udara terkini, stesen pengawasan kualiti udara di Serian masih merekodkan bacaan IPU tertinggi negara pada paras 162, turun tiga mata berbanding bacaan pada jam 12 tengah hari. -Gambar fail/Bernama
Berdasarkan data pengurusan kualiti udara terkini, stesen pengawasan kualiti udara di Serian masih merekodkan bacaan IPU tertinggi negara pada paras 162, turun tiga mata berbanding bacaan pada jam 12 tengah hari. -Gambar fail/Bernama

Advertisement

Ringkasan AI

  • Krisis jerebu di Sarawak menunjukkan pemulihan berperingkat dengan kebanyakan stesen IPU tidak sihat mencatatkan trend penurunan setakat jam 1 tengah hari.
  • Serian merekodkan bacaan IPU tertinggi negara pada paras 162, manakala beberapa kawasan lain seperti Mukah dan Sarikei turut menunjukkan penurunan bacaan.
  • Kualiti udara di Semenanjung Malaysia kekal baik dan sederhana, dengan Langkawi dan Balik Pulau mencatatkan bacaan IPU terendah iaitu 19.

KUALA LUMPUR: Krisis jerebu di Sarawak menunjukkan tanda-tanda pemulihan secara berperingkat apabila kebanyakan stesen yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat mencatatkan trend penurunan setakat jam 1 tengah hari ini.

Berdasarkan data pengurusan kualiti udara terkini, stesen pengawasan kualiti udara di Serian masih merekodkan bacaan IPU tertinggi negara pada paras 162, turun tiga mata berbanding bacaan pada jam 12 tengah hari.

Trend penurunan turut direkodkan di beberapa kawasan lain yang masih berada dalam kategori tidak sihat. Mukah menghampiri kategori sederhana selepas bacaan IPU susut empat mata kepada 102, manakala Sarikei turun satu mata kepada 155.

Sibu dan Kuching pula kekal pada bacaan 154, sementara Samarahan mencatatkan penurunan dua mata kepada 152.

Dalam kategori sederhana, Sri Aman terus menunjukkan peningkatan kualiti udara apabila bacaannya menurun kepada 93.

Di Semenanjung Malaysia, kualiti udara kekal pada tahap baik dan sederhana. Paka, Terengganu merekodkan bacaan tertinggi di Semenanjung iaitu 79, diikuti Kluang (75), serta Pasir Gudang, Pengerang dan Kota Tinggi yang masing-masing mencatatkan bacaan 72.

Di Lembah Klang, Batu Muda merekodkan bacaan tertinggi pada paras 76, meningkat daripada 73 sebelum ini.

Beberapa stesen lain di Lembah Klang kekal dalam kategori baik, termasuk Cheras dan Petaling Jaya yang masing-masing mencatatkan bacaan 47, diikuti Shah Alam dan Klang pada paras 44.

Sementara itu, Nilai dan Seremban masing-masing merekodkan bacaan 70 dan 60.

Secara keseluruhan, Langkawi di Kedah dan Balik Pulau di Pulau Pinang merekodkan bacaan IPU terendah di negara ini iaitu 19.

Must Watch Video

Advertisement