NEW DELHI: Bekas Perdana Menteri Pakistan Imran Khan menang enam daripada tujuh kerusi Parlimen yang ditandinginya pada pilihan raya kecil pada Ahad, mencetuskan minat penyokongnya untuk terus bertanding lebih banyak kerusi.
Undian untuk lapan kerusi Dewan Undangan Negeri dan tiga kerusi wilayah Punjab dilihat sebagai ujian populariti Imran dan partinya Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI).
Walaupun beliau tidak boleh mewakili lebih daripada satu kawasan di Parlimen, keputusan Imran untuk bertanding tujuh kerusi hanya sebagai mesej politik.
Parti Imran hanya tewas dua kerusi Dewan Undangan Negeri kepada Parti Rakyat Pakistan (PPP), ahli gabungan pemerintah yang diketuai Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) pimpinan Perdana Menteri Shehbaz Sharif.
Keputusan awal menunjukkan tujuh kerusi Parlimen yang ditandinginya, Imran kalah di kawasan Malir Karachi.
PTI juga tewas di satu lagi kerusi penting, Multan, apabila Mehr Bano Quresi, anak perempuan naib pengerusi PTI, Shah Mahmood Qureshi, kalah kepada Ali Musa Gilani, anak bekas perdana menteri Yusuf Raza Gilani.
PML-N memenangi satu kerusi dewan undangan wilayah Punjab manakala dua lagi dimenangi PTI.
Keputusan terkini menunjukkan kempen tanpa henti Imran dalam pelbagai isu menentang pakatan pelbagai parti dikenali Pergerakan Demokratik Pakistan (PDM) ternyata berhasil.
PDM menggulingkan kerajaan PTI di Islamabad melalui undi tidak percaya pada April.
Sejak itu, politik negara berpenduduk 220 juta itu terus bergolak dengan Imran mendakwa lawannya memperoleh kuasa pemerintahan menerusi komplot yang disokong kuasa asing.
Kemenangan beliau adalah simbolik apabila Ahli Parlimen parti itu meletak jawatan beramai-ramai pada 11 April dan tidak menghadiri persidangan sejak Shehbaz menjadi perdana menteri.
Speaker dewan menerima beberapa peletakan jawatan pada Julai.
Pilihan raya perlu diadakan semula selepas Imran meletak jawatan di kerusi yang dimenanginya.
PTI menuntut pilihan raya umum segera diadakan dengan alasan ketidakstabilan politik telah menjejaskan ekonomi negara.
Parti itu memenangi 15 daripada 20 kerusi dewan undangan wilayah Punjab pada pilihan raya kecil Julai lalu.
"Sejak tiga bulan lepas, pilihan raya berlangsung bagi 32 kerusi. PTI memenangi 24 daripada jumlah itu atau 75 peratus. Ini merupakan kemenangan besar," kata ketua kanan PTI Asad Umar pada Isnin.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 17 2022
Keputusan terkini menunjukkan kempen tanpa henti Imran dalam pelbagai isu menentang pakatan pelbagai parti dikenali Pergerakan Demokratik Pakistan (PDM) ternyata berhasil. - Gambar fail/ Reuters
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
Calon bebas disokong PTI dominasi Pilihan Raya Pakistan
Calon bebas yang mendapat sokongan parti bekas perdana menteri Imran Khan dilaporkan mendominasi PRU Pakistan selepas SPR mengumumkan keputusan rasmi pada Ahad.
Pimpinan parti Imran Khan rancang bentuk kerajaan
Calon- calon pimpinan parti pemimpin pembangkang Pakistan yang dipenjarakan, Imran Khan, merancang untuk membentuk kerajaan pada Sabtu.
Penyokong parti Jamaat-e-Islami protes bantah keputusan lewat di Karachi
Ratusan penyokong parti politik agama terbesar Pakistan, Jamaat-e-Islami, melakukan demonstrasi di luar pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya di Karachi membantah kelewatan keputusan pilihan raya.
Bekas Presiden Pakistan Imran Khan guna AI dakwa kemenangan dalam pilihan raya
Imran yang kini menjalani hukuman penjara, menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk mengisytiharkan kemenangan dalam pilihan raya umum negara itu pada Jumaat.
Penduduk Lahore rai kemenangan dua pemimpin
Dua bekas Perdana Menteri Pakistan dan pesaingnya Nawaz Sharif dan Imran Khan mengisytiharkan kemenangan dalam pilihan raya meskipun dicemari penangguhan keputusan dan serangan militan pada Jumaat.
Dua penyokong parti maut dalam pertempuran pilihan raya Pakistan
Bantahan tercetus di tengah-tengah kelewatan pengundian dan dakwaan penipuan undi dalam Pilihan Raya Umum Pakistan.
Pilihan raya Pakistan: Imran Khan tunai tanggungjawab, pengundi 'banjiri' pusat pengundian
Bekas perdana menteri Pakistan yang dipenjarakan, Imran Khan menunaikan tanggungjawab mengundi secara pos pada Khamis.
28 maut dalam dua letupan menjelang pilihan raya Pakistan
Letupan pertama ragut 16 nyawa di Pishin, manakala letupan kedua di Qila Saifullah pula menyebabkan 12 orang maut.
Imran Khan, isteri dipenjara tujuh tahun akibat berkahwin secara tidak sah
Bushra dituduh tidak menyempurnakan tempoh 'edah' selepas bercerai dengan suaminya yang terdahulu dan berkahwin dengan bekas PM Pakistan.
Imran Khan, isteri dihukum penjara 14 tahun babitkan kes hadiah negara
Bekas Perdana Menteri Pakistan Imran Khan dan isterinya Bushra Bibi, dijatuhi hukuman pejara 14 tahun pada Rabu membabitkan kes hadiah negara atau kes Toshakhana.