NEW DELHI: Lima negeri di India akan mengadakan pilihan raya dewan undangan negeri pada Februari dan Mac di tengah-tengah langkah keselamatan COVID-19 yang dipertingkatkan.
Pengundi di Uttar Pradesh, negeri paling ramai penduduk dan penting daripada segi politik, akan keluar mengundi mengikut tujuh fasa antara 10 Feb dan 7 Mac untuk 403 kerusi dewan undangan negeri.
Punjab, Uttarakhand dan Goa akan mengundi pada 14 Feb dan Manipur di wilayah timur laut terpencil akan mengundi dalam dua fasa pada 27 Februari dan 3 Mac.
Jumlah kerusi dewan undangan di Punjab adalah 117, diikuti 70 kerusi di Uttarakhand, 60 kerusi di Manipur dan 40 kerusi di Goa.
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi menguasai empat negeri manakala parti Kongres pembangkang berkuasa di Punjab.
Lebih 183 juta orang layak mengundi dalam pilihan raya itu dan kira-kira 85 juta daripadanya merupakan pengundi wanita.
Pengiraan undi akan berlangsung pada 10 Mac.
Semasa mengumumkan jadual pilihan raya itu di New Delhi pada Sabtu, Ketua Pesuruhjaya Pilihan Raya Sushil Chandra dilihat tidak begitu bimbang dengan risiko penularan COVID-19.
Beliau menegaskan bahawa lonjakan jangkitan baru-baru ini adalah dari tempat-tempat seperti Maharashtra, Delhi dan Karnataka, dan bukan dari negeri-negeri yang terlibat dengan pilihan raya itu.
"Tidak perlu panik", tetapi masih perlu berhati-hati dan mematuhi penjarakan sosial dan amalan pencegahan COVID-19 yang sesuai", kata Chandra.
India pada pagi Sabtu melaporkan 141,986 kes COVID-19 baharu dalam tempoh 24 jam terakhir.
Jangkitan meningkat secara mendadak berbanding angka empat digit harian pada Disember.
Suruhanjaya Pilihan Raya berkata kesemua 215,368 pusat mengundi akan dilengkapi "kemudahan pencegahan Covid" seperti pembersih tangan, pengimbas haba, pelitup muka dan sarung tangan.
Menyifatkan situasi pandemik sebagai "sangat dinamik", suruhanjaya itu berkata ia akan mengeluarkan garis panduan lanjut selepas membuat semakan semula minggu depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 08 2022
Lima negeri di India akan mengadakan pilihan raya dewan undangan negeri pada Februari dan Mac di tengah-tengah langkah keselamatan COVID-19 yang dipertingkatkan. - Gambar fail/REUTERS
Pantau Agenda Reformasi: Pantau kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Pascasiswazah UMK
Perincian kenaikan ketika pembentangan Belanjawan 2022
Menteri Komunikasi itu berkata kenaikan itu hanya boleh berlaku susulan pengurusan dan tatakelola yang lebih baik diamalkan Kerajaan Perpaduan, terutamanya dalam usaha melawan rasuah.
19 maut lebuh raya runtuh di Guangdong, China
Kejadian berlaku kira-kira 2.10 pagi di sebahagian Lebuhraya Meizhou-Dabu di Meizhou.
PM arah segera tubuh Suruhanjaya Pekerja GIG
Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memaklumkan pendapatan minimum penjawat awam meliputi gaji dan elaun mesti melebihi RM2,000 sebulan bermula tahun ini.
Kenaikan beri impak kepada perspektif ekonomi negara
Dr Yusof Saari berkata kenaikan gaji penjawat awam bakal memberi impak positif kepada pemulihan ekonomi.
Kementerian Pengangkutan pantau perkembangan ruang udara
Kementerian Pengangkutan (MoT) memantau rapi perkembangan terkini situasi Gunung Ruang, Indonesia yang dilaporkan meletus sebanyak tiga kali semalam dan mengakibatkan abu merebak ke negara ini.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata setakat ini letusan gunung berapi berkenaan telah menjejaskan sedikit ruang udara di Tawau, Sabah sehingga menyebabkan beberapa penerbangan ke daerah itu terpaksa dilencongkan ke Kota Kinabalu semalam.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata setakat ini letusan gunung berapi berkenaan telah menjejaskan sedikit ruang udara di Tawau, Sabah sehingga menyebabkan beberapa penerbangan ke daerah itu terpaksa dilencongkan ke Kota Kinabalu semalam.
Kebakaran sampah jejas kesihatan penduduk
Kebakaran kawasan pelupusan sampah di Kampung Sungai Ikan,Kuala Nerus sejak enam hari lalu menimbul kesulitan dan keresahan penduduk dikawasan berhampiran.
Penduduk mendakwa kebakaran itu mengakibatkan kawasan berkenaan diselubungi asap tebal hingga mengganggu rutin harian dan bimbang dengan tahap kesihatan mereka.
Penduduk mendakwa kebakaran itu mengakibatkan kawasan berkenaan diselubungi asap tebal hingga mengganggu rutin harian dan bimbang dengan tahap kesihatan mereka.
Dua pekerja pengsan dan dua lagi muntah
Dua pekerja lelaki pengsan, manakala dua lagi mengalami muntah dan loya selepas dipercayai terhidu gas phenol selepas kobocoran dari sebuah kilang di kawasan Lunas, Kulim.
Komander Operasi Kanan Pasukan Hazmat JBPM Kedah, Hamizul Azwan Hamdan berkata, bilik gerakan operasi bomba menerima panggilan berlaku kebocoran di sebuah kilang yang menggunakan bahan kimia pada jam 9.53 pagi.
Komander Operasi Kanan Pasukan Hazmat JBPM Kedah, Hamizul Azwan Hamdan berkata, bilik gerakan operasi bomba menerima panggilan berlaku kebocoran di sebuah kilang yang menggunakan bahan kimia pada jam 9.53 pagi.
Penerbangan dibatalkan, penumpang lambat dimaklumkan
Penumpang yang ditemui krew Astro AWANI di Lapangan Terbang Tawau memaklumkan lewat diberitahu mengenai pembatalan penerbangan masuk dan keluar akibat letusan Gunung Berapi Ruang.
AirAsia batal 21 penerbangan susulan letusan Gunung Ruang
Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia membatalkan sebanyak 21 penerbangan antara Sarawak dengan Kuala Lumpur, Sabah dan Johor serta penerbangan antarabangsa ke Singapura, susulan letusan semula Gunung Ruang Indonesia
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Pakistan sambut Aidilfitri hari ini, Bangladesh dan India rai Khamis
Umat Islam di Pakistan dan Sri Lanka meraikan Aidilfitri pada Rabu manakala mereka yang berada di Bangladesh dan sebahagian besar India akan menyambut perayaan itu Khamis.
15 pekerja maut bas terjunam dalam lombong di tengah India
Sekurang-kurangnya 15 pekerja terbunuh selepas bas yang membawa mereka terjunam ke dalam lombong di tengah India pada Selasa malam.
Harimau Muda atasi India 2-1
Skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan menundukkan India 2-1 pada aksi persahabatan tertutup di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam tadi.
Doktor terpendek di dunia
Tiada siapa sangka seorang lelaki di India dinobatkan doktor terpendek di dunia apabila hanya mempunyai ketinggian tiga kaki atau 91 sentimeter.
Zii Jia dedah resipi kalahkan bekas juara dunia
Dalam aksi di Birmingham itu, Zii Jia memperagakan aksi bertenaga untuk menundukkan juara dunia 2021 dalam masa 33 minit permainan.
Umat Islam di Bangladesh, India dan Pakistan mula berpuasa pada Selasa
Arab Saudi mengumumkan anak bulan kelihatan pada Ahad dan Isnin merupakan hari pertama Ramadan.
Pelan Tindakan Masyarakat India akan diteliti semula
Satu sesi libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan termasuk kumpulan fokus akan diadakan bulan ini.
AirAsia sasar hak trafik dua hala ke beberapa bandar di India
Tumpuan untuk meluaskan rangkaian penting bagi AirAsia kerana bandar utama di India telah mencapai puncak pengembangan.