awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zii Jia dedah resipi kalahkan bekas juara dunia

Sinar Harian
Sinar Harian
15/03/2024
03:00 MYT
Zii Jia dedah resipi kalahkan bekas juara dunia
Zii Jia bakal membuat perhitungan dengan pemain India, Lakshya Sen dalam saingan suku akhir malam ini. - REUTERS
PEMAIN lelaki profesional negara, Lee Zii Jia menyifatkan kekuatan mentalnya menjadi kunci kepada kejayaan menewaskan bekas juara dunia dari Singapura, Loh Kean Yew untuk mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Seluruh England pada Khamis malam.
Dalam aksi di Utilita Arena, Birmingham itu, Zii Jia yang berada di ranking ke-10 dunia memperagakan aksi bertenaga untuk menundukkan juara dunia 2021 itu 21-15, 21-12 dalam masa 33 minit permainan.
Pemain berusia 25 tahun itu dilihat lebih banyak bersabar dan tenang dengan taktikal permainannya untuk berada dalam kelompok lapan terbaik.
Malah strategi menyerang yang dipraktiskan Zii Jia turut menjadi apabila kerap kali memerangkap pergerakan lawan.
"Saya lebih banyak bersabar dan teruskan fokus di dalam gelanggang. Itu strategi saya.
"Pada masa yang sama saya juga menanti peluang untuk menyerang dan ia berhasil," katanya.
Pemain yang berasal dari Kedah itu bakal membuat perhitungan dengan pemain India, Lakshya Sen dalam saingan suku akhir malam ini.
Zii Jia turut mendedahkan mempunyai corak permainan yang sama dengan Kean Yew apabila saling bersaing secara sengit sesama mereka.
"Sebenarnya saya dan Kean Yew mempunyai satu persamaan, apabila kami berada pada tahap terbaik kami mampu mengalahkan sesiapa. Tapi bila kami tidak berada pada tahap sebenar, kami boleh kalah kepada sesiapa.
"Saya rasa kita boleh lihat Kean Yew tidak berada dalam tahap terbaik banyak kesilapan 'unforced' dari beliau. Apapun saya masih gembira dengan keputusan ini," katanya.
Zii Jia yang kecewa dalam Kejohanan Terbuka Perancis minggu lalu apabila tersingkir seawal pusingan pertama setelah tewas kepada pemain Denmark, Magnus Johannesen mendedahkan resipi kebangkitannya di Birmingham.
"Minggu lepas adalah satu perlawanan yang mengecewakan. Saya rujuk (bincang) dengan jurulatih, lihat di mana kami boleh baiki (kelemahan).
"Secara dasarnya minggu ini saya cuba mendapatkan tahap keyakinan dan setakat ini semuanya berjalan lancar dan kami harap ia akan berterusan," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Lee Zii Jia
#Loh Kean Yew
#all england
#India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan