NEW DELHI: Jumlah kes COVID-19 India meningkat kepada 30,279,331 pada Isnin, berikutan 46,148 lagi kes baharu didaftarkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Angka korban meningkat kepada 396,730 dengan 979 kematian dicatat sejak pagi Ahad, lapor Xinhua.

Ini kali pertama jumlah kes kematian harian dicatatkan di bawah angka 1,000 sejak 14 April lalu.

Masih terdapat 572,994 kes aktif di negara ini, dengan penurunan 13,409 kes dalam tempoh 24 jam.

Sejak pandemik melanda negara ini, sejumlah 29,309,607 pesakit pulih dan dibenar keluar hospital.

-- BERNAMA