awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India, China capai persetujuan tarik balik anggota tentera di kawasan sempadan

Bernama
Bernama
22/10/2024
00:40 MYT
India, China capai persetujuan tarik  balik anggota tentera di kawasan sempadan
Jaishankar ketika mengadakan perbincangan bersama Ahli-ahli Parlimen dari Australia dan Jerman di Delhi, 21 Okt 2024. - Foto X DrSJaishankar
NEW DELHI: India dan China telah mencapai persetujuan untuk menarik balik anggota tentera masing-masing di kawasan sempadan, empat tahun selepas pertempuran antara anggota tentera mereka.
Satu perjanjian telah dicapai mengenai rondaan di kawasan sempadan, kata Menteri Hal Ehwal Luar India, Subrahmanyam Jaishankar, pada satu persidangan pada Isnin.
"Kami telah kembali kepada situasi seperti pada 2020. Kami boleh katakan bahawa proses penarikan balik tentera dengan China telah selesai," katanya.
Kawasan sempadan India-China menyaksikan peningkatan besar kehadiran tentera di kedua-dua belah pihak selepas pertempuran antara tentera India dan China di Lembah Galwan, Wilayah Ladakh, pada Jun 2020.
Kedua-dua negara telah mengadakan beberapa pusingan rundingan untuk mencapai kesepakatan bagi menguruskan ketegangan antara mereka.
"Dalam beberapa minggu lepas, perunding diplomatik dan ketenteraan India dan China telah berhubung rapat melalui pelbagai forum," kata Setiausaha Luar Vikram Misri pada satu taklimat media pada Isnin.
Hasil daripada perbincangan ini, satu perjanjian telah dicapai mengenai susunan rondaan di sepanjang Garisan Kawalan Sebenar di kawasan sempadan India-China, yang membawa kepada penarikan balik dan penyelesaian isu-isu yang timbul di kawasan ini pada 2020," kata Misri.
Berita ini muncul ketika Perdana Menteri India Narendra Modi dan Presiden China Xi Jinping dijangka menghadiri sidang kemuncak tiga hari BRICS di Bandar Kazan, Rusia, mulai Selasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#India-China
#tentera
#sempadan
#Subrahmanyam Jaishankar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan