awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketegangan Iran-AS: Semua pihak digesa bertenang - Mohamad Hasan
Anwar ziarah bekas PM Afghanistan terima rawatan di Malaysia
California keluar surat arahan pemberhentian kepada xAI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India, China sambung semula penerbangan terus selepas lima tahun terhenti

Agensi
Agensi
02/10/2025
22:40 MYT
India, China sambung semula penerbangan terus selepas lima tahun terhenti
India dan China akan menyambung semula penerbangan terus antara bandar-bandar tertentu bulan ini, sekali gus menamatkan pembekuan lebih lima tahun dalam hubungan udara kedua-dua negara. - Gambar fail Reuters
NEW DELHI: India dan China akan menyambung semula penerbangan terus antara bandar-bandar tertentu bulan ini, sekali gus menamatkan pembekuan lebih lima tahun dalam hubungan udara kedua-dua negara.
Perkara itu diumumkan Kementerian Luar India pada Khamis (2 Okt), dalam langkah yang dilihat sebagai isyarat awal pelonggaran ketegangan dua hala.
Kali terakhir penerbangan terus antara India dan China beroperasi adalah pada 2020, meskipun China kekal sebagai rakan dagang terbesar India.
Syarikat penerbangan terbesar India, IndiGo, mengesahkan akan memulakan penerbangan tanpa henti setiap hari dari Kolkata ke Guangzhou bermula 26 Okt ini, selain merancang membuka laluan baharu dari New Delhi ke salah sebuah bandar utama China.
Perkembangan ini hadir selepas lawatan Perdana Menteri India, Narendra Modi ke China bulan lalu – lawatan pertama beliau dalam tempoh tujuh tahun – untuk menghadiri mesyuarat blok keselamatan serantau, Shanghai Cooperation Organisation (SCO).
Dalam pertemuan tersebut, Modi dan Presiden China, Xi Jinping menegaskan bahawa India dan China adalah rakan pembangunan, bukannya pesaing.
Kedua-dua pemimpin juga membincangkan usaha memperkukuh hubungan perdagangan di tengah ketidaktentuan tarif global.
Modi turut menyuarakan komitmen India untuk memperbaiki hubungan dua hala, sambil menyentuh isu defisit dagangan dengan China yang kini mencecah hampir AS$99.2 bilion.
Selain itu, beliau menekankan kepentingan mengekalkan keamanan dan kestabilan di sempadan yang masih dipertikaikan – lokasi pertembungan pada 2020 yang mencetuskan ketegangan ketenteraan berlarutan selama lima tahun. - Agensi
Topic Berkaitan
#India-China
#penerbangan terus
#laluan udara
#rakan dagang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan