awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India dan China setuju redakan ketegangan

Astro Awani
Astro Awani
05/09/2020
23:40 MYT
India dan China setuju redakan ketegangan
Perjumpaan itu merupakan pertemuan peringkat tertinggi antara India dan China sejak meningkatnya ketegangan di sempadan pada Mei. - Reuters
INDIA dan China bersetuju untuk mengurangkan ketegangan di sepanjang sempadan kedua-dua negara susulan pertemuan menteri pertahanan antara dua negara kuasa nuklear Asia itu.
Perjumpaan itu merupakan pertemuan peringkat tertinggi di antara India dan China sejak meningkatnya ketegangan di sempadan pada Mei.
Menteri Pertahanan India, Rajnath Singh dan Menteri Pertahanan China, Jeneral Wei Fenghe bertemu di luar pertemuan pertubuhan kerjasama Shanghai di Moscow.
Kementerian Pertahanan India berkata kedua negara sepakat tidak ada pihak yang harus mengambil tindakan lebih lanjut yang dapat menyulitkan keadaan atau di sempadan.
Sementara itu, Kementerian Pertahanan China pula berkata kedua pihak harus mempromosikan keamanan dan kestabilan dalam berusaha untuk meredakan ketegangan semasa.
Bagaimanapun, China menuduh India sebagai punca berlakunya ketegangan baru-baru ini sambil menegaskan negara itu bertekad menjaga kedaulatan dan wilayahnya.
China turut meminta India memastikan tenteranya tidak melakukan sebagai provokasi yang boleh mencetuskan konflik.
Topic Berkaitan
#Asia
#China
#India
#konflik
#menteri
#Moscow
#provokasi
#Rajnath Singh
#Wei Fenghe
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan