NEW DELHI: India didakwa mengeksport roket dan bahan letupan ke Israel ketika konflik Hamas sedang memuncak sehingga membawa jumlah kematian meningkat penduduk Gaza terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.
Pendedahan dibuat Al-Jazeera menerusi dokumen penerimaan senjata dari kapal Borkom dari India ketika New Delhi cuba menjalinkan hubungan diplomatik 'lebih erat' dengan Israel.
Menurut dokumen yang dilihat Al-Jazeera, kapal yang mengandungi bahan letupan yang dimuatkan dari India sedang dalam perjalanan ke pelabuhan Ashdod, Israel.
Tapak pengesanan marin menunjukkan ia berlepas dari Chennai di tenggara India pada 2 April dan mengelilingi Afrika bagi mengelak laluan melalui Laut Merah yang dikawal ketat kumpulan Houthi bersedia menyerang mana-mana kapal memberi bantuan ke Israel.
Difahamkan, kod pengenalan dinyatakan dalam dokumen yang diperoleh secara tidak rasmi oleh Rangkaian Solidariti Menentang Pendudukan Palestin (RESCOP), telah mengesan Borkum mengandungi 20 tan enjin roket, 12.5 tan roket dengan cas letupan, 1,500 kilogram (kg) bahan letupan dan 740kg cas dan bahan perejang untuk meriam.
Satu perenggan dokumen mengenai kerahsiaan menyatakan semua pekerja, perunding atau pihak berkaitan diberi tugas 'dalam keadaan apa-apa pun' mereka supaya tidak mendedahkan IMI System, sebuah syarikat pengeluar senjata terbesar di Israel.
Sementara itu, pengurus komersial kapal itu dari syarikat Jerman MLB Manfred Lauterjung Befrachtung memberitahu Al Jazeera dalam satu kenyataan bahawa kapal itu tidak memuatkan sebarang senjata atau apa-apa kargo lain untuk ke destinasi Israel'. - Agensi
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jun 26 2024
India didakwa mengeksport roket dan bahan letupan ke Israel ketika konflik Hamas sedang memuncak sehingga membawa jumlah kematian meningkat.- Gambar fail/Reuters
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
India didakwa eksport roket, peluru ke Israel
India didakwa mengeksport roket dan bahan letupan ke Israel ketika konflik Hamas sedang memuncak sehingga membawa jumlah kematian meningkat.