awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India gantung perjanjian perkongsian air dengan Pakistan susulan ketegangan di Kashmir

Bernama
Bernama
24/04/2025
08:45 MYT
India gantung perjanjian perkongsian air dengan Pakistan susulan ketegangan di Kashmir
Sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh dalam serangan bersenjata pada Selasa terhadap pelancong di Kashmir. - Gambar/ AP
ANKARA: India pada Rabu menggantung perjanjian air yang berlangsung selama beberapa dekad dengan negara jirannya, Pakistan, sehari selepas insiden tembakan oleh penyerang tidak dikenali terhadap pelancong di Kashmir.
New Delhi turut mengisytiharkan penasihat pertahanan, tentera laut dan udara Pakistan di Suruhanjaya Tinggi Pakistan di New Delhi sebagai persona non grata serta memberi tempoh seminggu untuk meninggalkan negara itu, lapor Anadolu Ajansi.
Kerajaan India juga menutup lintasan sempadan di Wagah dan akan mengehadkan pemberian visa kepada warganegara Pakistan di bawah rangka kerja serantau SAARC, menurut kenyataan rasmi.
Sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh dalam serangan bersenjata pada Selasa terhadap pelancong di Kashmir, menyebabkan Perdana Menteri Narendra Modi memendekkan lawatannya ke Arab Saudi.
Keputusan itu diambil dalam mesyuarat tergempar Jawatankuasa Keselamatan Kabinet yang dipengerusikan oleh Modi di New Delhi.
India juga akan menarik balik penasihat pertahanan, tentera laut dan udara yang bertugas di Suruhanjaya Tinggi India di Islamabad.
Lima anggota sokongan kepada penasihat pertahanan di kedua-dua suruhanjaya tinggi juga akan dipanggil balik.
Sementara itu, Pakistan mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negara pada Khamis untuk menentukan langkah balas terhadap keputusan unilateral India.
Mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Shehbaz Sharif dan dihadiri oleh ketua-ketua perkhidmatan angkatan bersenjata serta pegawai tinggi lain.
India turut mengumumkan penggantungan Perjanjian Air Indus (IWT), perjanjian perkongsian air berusia 64 tahun yang dimeterai dengan Pakistan.
Di bawah perjanjian yang dimeterai pada 1960 dengan perantaraan Bank Dunia, kedua-dua negara berkongsi air dari enam sungai.
Menurut beberapa pakar, penggantungan perjanjian ini dijangka memburukkan lagi ketegangan sedia ada dan memberi kelebihan kepada India dalam pengurusan sumber air.
Tindakan itu menandakan kali pertama perjanjian digantung secara sepihak sejak ia dimeterai lebih enam dekad lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#India
#Pakistan
#serangan bersenjata
#hubungan tegang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan