awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India hadkan eksport bawang

Bernama
Bernama
29/10/2023
05:38 MYT
India hadkan eksport bawang
Harga bawang di wilayah Delhi telah meningkat sehingga 50 peratus sejak beberapa hari kebelakangan ini. - Gambar hiasan
NEW DELHI: India telah mengehadkan eksport bawang dengan mengenakan harga eksport minimum sebanyak US$800 setan.
Harga jualan minima itu berkuat kuasa pada Ahad dan akan dikekalkan sehingga hujung tahun 2023, menurut kenyataan Kementerian Hal Ehwal Pengguna.
"Langkah itu diambil untuk memastikan bekalan bawang yang mencukupi bagi pengguna domestik pada harga berpatutan berikutan kuantiti stok bawang daripada musim tanaman 2023 semakin berkurangan," katanya.
Kerajaan juga memperoleh tambahan 200,000 tan bawang untuk meningkatkan stok penimbalnya.
India mengenakan 40 peratus duti eksport ke atas bawang pada Ogos.
Harga bawang di wilayah Delhi telah meningkat sehingga 50 peratus sejak beberapa hari kebelakangan ini.
Ia dijangka melonjak lebih 40 peratus bulan depan daripada paras semasa, menurut laporan media tempatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#India had eksport bawang
#bekalan bawang
#India
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan