awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India sumbang 500,000 dos vaksin COVID-19 kepada Afghanistan

Bernama
Bernama
02/01/2022
03:50 MYT
India sumbang 500,000 dos vaksin COVID-19 kepada Afghanistan
Covaxin keluaran syarikat bioteknologi India Bharat Biotech, dihasilkan daripada koronavirus yang telah dimatikan. - Gambar fail
NEW DELHI: India menyumbang 500,000 dos vaksin COVID-19 Covaxin yang tidak aktif kepada Afghanistan dan akan menghantar jumlah vaksin yang sama tidak lama lagi, kata Kementerian Luar India pada Sabtu.
"Hari ini, India membekalkan kumpulan bantuan kemanusiaan seterusnya yang terdiri daripada 500,000 dos vaksin COVID (Covaxin) kepada Afghanistan.
"Satu lagi kumpulan tambahan 500,000 dos akan dibekalkan dalam beberapa minggu akan datang," kata kementerian itu dalam satu kenyataan, menurut Sputnik.
India berikrar untuk menyumbang satu juta dos vaksin kepada negara yang dilanda perang itu.
Kumpulan dos vaksin terbaharu akan dihantar ke Hospital Indira Gandhi di Kabul.
Vaksin itu, yang dihasilkan daripada koronavirus yang telah dimatikan oleh syarikat bioteknologi India Bharat Biotech, dilengkapi dengan 1.6 tan bantuan perubatan yang diberikan India kepada Afghanistan melalui Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada Disember.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#India
#Afghanistan
#COVID-19
#vaksin Covaxin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan