awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India uji peluru berpandu generasi baharu

Bernama
Bernama
18/12/2021
09:41 MYT
India uji peluru berpandu generasi baharu
Agni P ialah peluru berpandu balistik propelan pepejal dua peringkat dilengkapi sistem panduan dan navigasi. - Twitter @DRDO_India
NEW DELHI: India pada Sabtu melancarkan ujian peluru berpandu balistik generasi baharu yang mampu membawa kepala peledak nuklear.
Pertubuhan Penyelidikan dan Pembangunan Pertahanan (DRDO) berjaya menguji peluru berpandu Agni P di luar pantai negeri Odisha pada 11.06 pagi, memetik kenyataan Kementerian Pertahanan.
"Agni P ialah peluru berpandu balistik propelan pepejal dua peringkat dilengkapi sistem panduan dan navigasi. Ujian penerbangan kedua ini telah membuktikan semua teknologi canggih yang disepadukan ke dalam sistem mempunyai prestasi yang baik," menurut kenyataan itu.
Peluru berpandu itu mempunyai jarak antara 1,000 dan 2,000 kilometer (km).
Dalam tiga dekad lepas, India telah membangunkan pelbagai peluru berpandu balistik yang mampu mengenai sasaran pada jarak berbeza.
Pada Oktober lepas, India telah melancarkan ujian peluru berpandu Agni-5 jarak 5,000 km.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#India
#peluru berpandu
#DRDO
#Agni P
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan