awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elak jadikan agama alat perbalahan dalam masyarakat - Aaron
Thaipusam: Melaka dijangka terima 50,000 penganut Hindu tahun ini
[TERKINI] Pegawai kanan ATM, Mohamed Fauzi didakwa pecah amanah RM5 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Individu terkaya Indonesia, Prajogo Pangestu rugi AS$9 bilion dalam dua hari selepas laporan MSCI Inc

Nabilah Khaleeda
Nabilah Khaleeda
30/01/2026
00:30 MYT
Individu terkaya Indonesia, Prajogo Pangestu rugi AS$9 bilion dalam dua hari selepas laporan MSCI Inc
Prajogo Pangestu yang berusia 81 tahun, mengawal kepentingan besar dalam beberapa syarikat utama, termasuk 71 peratus pegangan dalam PT Barito Pacific Tbk serta 84 peratus dalam PT Petrindo Jaya Kreasi Tbk.
JAKARTA: Individu terkaya Indonesia, Prajogo Pangestu dilaporkan kehilangan hampir AS$9 bilion dalam tempoh dua hari susulan kejatuhan pasaran saham negara itu, yang disifatkan sebagai terburuk sejak Krisis Kewangan Asia 1998.

Ringkasan AI
  • Prajogo Pangestu, individu terkaya Indonesia, mengalami kerugian hampir AS$9 bilion dalam dua hari susulan kejatuhan pasaran saham negara itu yang terburuk sejak Krisis Kewangan Asia 1998, dipicu oleh laporan MSCI Inc. yang mempersoalkan peraturan pelaporan pemegang saham.
  • MSCI menyuarakan kebimbangan terhadap struktur pemilikan yang tidak telus dalam syarikat tersenarai di Indonesia yang berpotensi menyebabkan perdagangan tidak wajar serta manipulasi harga saham, dengan beberapa perubahan indeks ditangguhkan sehingga Mei jika isu ini tidak ditangani.
  • Kerugian Prajogo susulan laporan MSCI turut menjejaskan keseluruhan pasaran saham Indonesia, di mana indeks komposit Jakarta merudum lebih 7 peratus pada Rabu dan mencatat penurunan sehingga 10 peratus pada Khamis, menyebabkan penggantungan dagangan sementara untuk mengawal panik pelabur.

Memetik laporan Bloomberg, kejatuhan mendadak itu dicetuskan oleh laporan MSCI Inc. yang mempersoalkan peraturan pelaporan pemegang saham di Indonesia, sekali gus mencetuskan gelombang jualan besar-besaran oleh pelabur domestik dan asing.
Dalam laporannya, MSCI menyuarakan kebimbangan bahawa peraturan sedia ada membenarkan struktur pemilikan tidak telus, khususnya dalam syarikat tersenarai yang dikuasai oleh seorang individu atau kumpulan kecil pemegang saham utama.
Keadaan ini, menurut MSCI, berpotensi membuka ruang kepada perdagangan tidak wajar serta manipulasi harga saham.
MSCI turut memaklumkan bahawa beberapa perubahan indeks yang dirancang untuk pasaran Indonesia ditangguhkan, dan memberi amaran kemungkinan tindakan lanjut termasuk pengurangan pemberat saham Indonesia dalam indeks pasaran sedang pesat membangun, sekiranya isu ini tidak ditangani sebelum Mei.
Prajogo Pangestu, 81, mengawal kepentingan besar dalam beberapa syarikat utama, termasuk 71 peratus pegangan dalam PT Barito Pacific Tbk serta 84 peratus dalam PT Petrindo Jaya Kreasi Tbk, sebuah syarikat perlombongan arang batu dan emas.
Susulan laporan MSCI, saham kedua-dua syarikat tersebut menjunam lebih 12 peratus dalam satu sesi dagangan, menyebabkan kekayaan bersih Prajogo susut kepada sekitar AS$31 bilion, menurut Indeks Bilionair Bloomberg.
Secara keseluruhan, kekayaannya dilaporkan telah merosot hampir AS$15 bilion sejak awal 2026, menjadikan beliau individu paling terkesan dalam krisis pasaran ini.
Kegawatan ini turut menjejaskan keseluruhan pasaran saham Indonesia.
Indeks Komposit Jakarta ditutup dengan kejatuhan lebih tujuh peratus pada Rabu dan mencecah paras jatuh sehingga 10 peratus pada Khamis, memaksa pihak berkuasa pasaran mengaktifkan penggantungan dagangan sementara bagi mengekang panik pelabur.
Krisis ini bukan sahaja menjejaskan Prajogo, sebaliknya, beberapa jutawan lain di Indonesia turut mencatatkan kerugian besar, menjadikan jumlah keseluruhan susut nilai kekayaan golongan terkaya negara itu mencecah hampir AS$22 bilion.
Antaranya, ahli perniagaan Haryanto Tjiptodihardjo dilaporkan kehilangan hampir AS$3 bilion dalam tempoh dua hari apabila saham syarikat plastik miliknya merosot ketara.
Mengulas situasi ini, beberapa penganalisis pasaran menyifatkan tindakan MSCI sebagai satu 'amaran keras' kepada pengawal selia di Indonesia.
Sementara itu, pejabat keluarga Prajogo Pangestu memaklumkan bahawa mereka sedang meneliti kenyataan MSCI dan akan terus berinteraksi dengan pihak berkepentingan berkaitan bagi menangani kebimbangan yang dibangkitkan.
Topic Berkaitan
#individu terkaya Indonesia
#pasaran sama Indonesia
#Prajogo Pangestu
#krisis kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan