awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rani Kulup ditidurkan di zon merah HUKM
Penceramah bebas dijel 10 hari gagal lunas hutang kahwin RM120,000
Laporan siasatan kes Danish Irfan siap dua minggu lagi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia batal lesen perlombongan nikel di Kepulauan Raja Ampat yang dilindungi

Bernama
Bernama
10/06/2025
13:11 MYT
Indonesia batal lesen perlombongan nikel di Kepulauan Raja Ampat yang dilindungi
Sebahagian tapak perlombongan yang terjejas terletak dalam zon yang dilindungi, menjadikan aktiviti pengekstrakan tidak sesuai dari segi ekologi. - AP
INDONESIA membatalkan lesen perlombongan nikel empat syarikat yang beroperasi di Kepulauan Raja Ampat, kawasan sensitif dari segi ekologi, berikutan pelanggaran peraturan alam sekitar.
Keputusan yang diumumkan pada Selasa itu melibatkan PT Anugerah Surya Pratama, PT Nurham, PT Mulia Raymond Perkasa dan PT Kawei Sejahtera Mining, menurut Setiausaha Negara Prasetyo Hadi.
"Pembatalan dilakukan secara objektif, melibatkan penyelarasan antara kementerian dan pengesahan di lapangan," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau menegaskan bahawa sebahagian tapak perlombongan yang terjejas terletak dalam zon yang dilindungi, menjadikan aktiviti pengekstrakan tidak sesuai dari segi ekologi.
Raja Ampat, terletak di Papua Barat Daya, terkenal dengan kepelbagaian biologi marin yang kaya dan merupakan tapak Taman Geologi Global yang diiktiraf UNESCO.
Sementara itu, sebuah syarikat, PT Gag Nikel, mengekalkan lesennya setelah lulus penilaian alam sekitar dan beroperasi di luar sempadan taman geologi itu.
Bagaimanapun, Menteri Tenaga dan Sumber Mineral Bahlil Lahadalia berkata kerajaan akan mengenakan pemantauan lebih ketat terhadap operasinya di Pulau Gag pada masa depan.
Indonesia merupakan pengeluar nikel terbesar dunia, logam yang merupakan komponen utama dalam bateri kenderaan elektrik dan keluli tahan karat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Raja Ampat
#perlombongan
#nikel
#kawasan dilindungi
#batal lesen
#alam sekitar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan