awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia gesa UNGA siasat serangan Israel ke atas Gaza

Bernama
Bernama
27/10/2023
08:25 MYT
Indonesia gesa UNGA siasat serangan Israel ke atas Gaza
Marsudi turut menggesa UNGA dan agensi PBB yang berkaitan meningkatkan usaha menyalurkan bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza. - Foto AP
JAKARTA: Indonesia menggesa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) menubuhkan sebuah suruhanjaya bebas bagi menyiasat serangan Israel ke atas Gaza, lapor Agensi Berita ANTARA.
Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi turut menggesa PBB menuntut gencatan senjata segera bagi mengelakkan lebih banyak nyawa yang terkorban.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada sesi tergempar UNGA yang diadakan di New York pada Khamis (26 Okt) untuk membahaskan tindakan tidak sah Israel di wilayah Palestin yang diduduki.
Sementara itu, Marsudi turut menggesa UNGA dan agensi PBB yang berkaitan meningkatkan usaha menyalurkan bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza.
Beliau berkata bahawa Indonesia akan menggandakan sumbangan kepada Agensi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) dan menyeru masyarakat antarabangsa untuk menyokong agensi terbabit.
"Indonesia juga komited menghantar bantuan kemanusiaan," katanya.
Marsudi mengakhiri kenyataannya dengan menekankan kepentingan mengatasi punca konflik Palestin-Israel.
Beliau berpendapat keamanan tidak akan wujud sehingga punca konflik berjaya diselesaikan.
Indonesia percaya bahawa proses damai untuk mencapai penyelesaian dua negara harus diteruskan, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perang Palestin Israel
#Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
#Indonesia
#Retno Marsudi
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan