awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia giat padam kebakaran besar hutan dan ladang ketika musim kering

Bernama
Bernama
28/08/2023
09:54 MYT
Indonesia giat padam kebakaran besar hutan dan ladang ketika musim kering
BNPB juga melaporkan kejadian kebakaran yang berbeza di Tapak Pembuangan Sisa Bersepadu Sarimukti di Bandung Barat, kira-kira 171 kilometer dari Gunung Ciremai. - Gambar fail/REUTERS
JAKARTA: Pasukan pemadam kebakaran Indonesia kini sedang giat menangani kebakaran gunung di lereng Gunung Arjuno dekat Malang di Jawa Timur, menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB).
Kebakaran, pada Sabtu yang bermula pada 10 malam waktu tempatan melanda kawasan berbukit dengan belukar serta savana.
"Mengawal kebakaran adalah sukar kerana arah tiupan angin yang berubah, dan punca serta tahap kebakaran masih dalam siasatan," menurut jurucakapnya Abdul Muhari dalam satu kenyataan.
Di Jawa Barat, kebakaran seluas 151 hektar telah marak di kawasan pertanian Gunung Ciremai, di Taman Negara Gunung Ciremai, Kuningan.
Beliau berkata arah angin berubah-ubah juga memerlukan pemadaman kebakaran secara manual di kawasan yang sukar.
BNPB juga melaporkan kejadian kebakaran yang berbeza di Tapak Pembuangan Sisa Bersepadu Sarimukti di Bandung Barat, kira-kira 171 kilometer dari Gunung Ciremai.
Agensi itu telah mengerahkan helikopter pemadam kebakaran untuk membantu, manakala pasukan darat sedang menangani titik panas yang masih terdapat daripada longgokan sisa menggunakan trak tangki air.
Di kepulauan timur Indonesia, kebakaran hutan dan tanah pertanian seluas 40 hektar berlaku di Flores Timur akibat amalan pembersihan tanah di kampung Nurabelen, Ile Bura.
Abdul Muhari berkata api juga merebak ke kawasan lain tetapi pihak berkuasa telah memadamkan sebahagian besar kebakaran.
Beliau menambah Kalimantan Barat menghadapi cabaran besar, dengan kebakaran hutan dan tanah pertanian melibatkan kawasan seluas kira-kira 5,700 hektar dan pihak berkuasa telah memulakan usaha pembenihan awan.
Walaupun kebakaran seluas 1,978 hektar di Kalimantan Selatan telah berjaya dikawal, kebakaran hutan dan tanah pertanian terus berlaku di Kalimantan Tengah, di mana 63 titik panas dikenal pasti di tujuh mukim.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#kebakaran gunung
#Gunung Arjuno
#BNPB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan